Cute Pink Kaoani

Isnin, 30 Disember 2013

short summary-good bye 2013



BEN10, 
berpisah dengan kalian buat aku hidup dalam kemurungan. 
kalian! tolong kembalikan senyuman aku.

MY HEART, 
aku selongkar setiap kenangan untuk mengubat segala kesakitan. aku sabar menanti dalam keresahan.. tapi akhirnya, aku jatuh saat kau dalam kegembiraan. 

ATIFAH ISMAIL,
thanks syg, kamu sentiasa utuh memberi motivasi kpd ku dalam diam.




#
buat yg mengerti. aku tinggalkan 2013 dengan hati penuh gembira, agar 2014 mampu menghakis semua kedukaan.

welcome 2014


Isnin, 11 November 2013

im try to find a heaven




Aku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. semoga dipermudahkan segala urusan, semoga dijauhkan dari fitnah syaitan!

blog yg dah kusam. dah lama rasanya x jenggah.. banyak kisah yg nak dikongsi. jari jemari ligat di atas keyboard, setiap baris ayat lahir dari hati yg penuh ikhlas.. 

hampir separuh 50% siap . akhirnya button delete juga jadi sasaran.. 

sekelip mata. screen menjadi putih ! kembali pada asal.


biarkan ia jadi tanda tanya. biarkan ia jadi bahan mulut manusia. biarkan ia jadi topik bila berbicara.


INI KISAH AKU . INI CERITA AKU . INI PILIHAN AKU.


hati minta dihargai. hati minta disayangi. kadang2 aku benci punya perasaan! tapi aku salah..aku silap.. mengapa harus aku menolak ciptaan teragung Allah.. ??

Astaghfirullahal'azimmmm.. 

sebenarnya indah punya perasaan.. kadang2 senyum ,gembira bahagia. kadang2 sedih xingat dunia.. 

aku . kisah sebelum ini . kisah saat ini. kisah detik ini . yang kadang2 aku diam bila ditanya, kadang2 aku alihkan pandangan dari terus memanah mata mereka. menyembunyi apa yang aku rasa. hanya tersenyum bila berhadapan. berceloteh seperti biasa.. tanpa ada siapa menduga. mendungnya hati bila terus menyayangi.

sekarang.

Aku kurung hati dalam kotak bermangga besi
Memilih bayang-bayang buat temankan diri
Berlagak kuat kononnya mampu hidup sendiri
Sehingga mata berbengkak bila munculnya pagi.

Ada sebab mengapa aku memilih sendiri !
Ada sebab mengapa aku jauhkan diri !
Ada sebab mengapa aku hanya menjadi pemerhati !
Ada sebab mengapa rahsia hati hanya dikongsi dengan Illahi !



izinkan aku bangun muhasabah diri. izinkan aku bangkit perbetulkan kesalahan diri. izinkan aku menjauhkan diri untuk kita bertemu di syurga hakiki..

Tolong izinkan aku kumpul sebanyak mungkin bekal untuk mengadap ILLAHI.


Aku simpan kenangan dalam hati, aku selitkan juga dalam doa ini, semoga ia menembusi 7petala langgit, agar aku xmenyesali dengan kesombongan yang aku pilih sendiri. 


akhir kalam.. aku seperti dulu dari luaran. hakikatnya aku lari kejarkan akhirat.. berikan aku kesempatan untuk mengetahui DIMANA AKU DIMASA AKAN DATANG. 







Ahad, 29 September 2013

" DREAM TO BE MUSLIMAH"



saat kita ingin berubah,

dicurah pelbagai halangan,
disimbah pelbagai cemuhan.



sampaikan satu saat teresak-esak kita menangis. kita dipulaukan.. tapi di hadapan semua orang, kita berlagak kuat.. kuatnya kita




tapi sebenarnya,




kuatkah kita? kadang2 duduk tersungkur Juga. nak perang mulut? nak tarik rambut hanya semata-mata ingin katakan "AKU INGIN BERUBAH" nak pertahankan yg kita betul2 berubah??  .. arghh never mind




kita still ada maruah. buat apa takutkan cemuhan makian org.. sedangkan kita yg nak berubah. 




kalau sebelum nie dosa kita bertimbun, xkan sampai mati pown nak dosa tu naik berbukit-bukit, bergunung-gunung. 




now, we must be change!




dari tudung up, selepang di bahu. biar jatuhkan.

dari pakai ketat2, biar longgarkan ..



ini peringatan diri.. sb aku masih berfesyen sebegitu. bukan xmau longgar2, tapi sekarang nie susah nak cari pakaian yg kita suka tapi menutup aurat..

kadang2 aku pelik, kilang2 pakaian nie xcukup material ka nak buat pakaian. semua sendat2, xcukup kain bagai.. 



bila try beli baju on9 muslimah, besar sgt la pulak, labuh la.. design pown xberapa cool.. aduhhh susah kan.. 




kata hamba allah nie , "kata nak jd muslimah, besar pown merungut"

saya xmerungut, tapi bila pakai di khalayak ramai, rasa x confident, rasa mcm serabai.. nak pilih pakaian pown kena pilih yg sedap pakai juga kan?



"pakai la baju kurung"

-ya  memang pakai.. tapi xkan nak p jalan2 pown nak pakai.. aku hidup dalam perbagai version.. 
kalau keluar pakai baju kurung, nnt aku sorg ja nampak pelik.. 



tu la masalah aku sebenarnya.. betul kan takut dengan pandangan org?




bila terlintas niat untuk berubah, takut plak lain jadinya.. nampak senang nak jadi Muslimah, tapi sebenarnya susah. bukan sekadar bertutup, tapi hubungan dengan manusia juga perlu dijaga.




bak kata MATO :- 



"Takut kita ni cuma soleh pada pandangan manusia, tapi pada pandangan Allah, kita ni nothing."



"Allah uji dengan kesusahan. Kita mengeluh. Kita doa supaya Allah angkat beban kesusahan yang kita pikul. Tapi bila Allah uji dengan kesenangan, sikit sangat kita bersyukur. Malah, terus kufur."




xpa. kita berubah slowly yer semua.. semoga kita betul2 sempat merasai dugaan muslimah, dan merasai nikmat syurga yang Allah nak bg free kt kita. 

xnak juga walaupown bg free? terpulang la.. tapi ingtlah :-
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(QS At-Tahrim: 6)



INSYAA ALLAH, DREAM TO BE MUSLIM/MUSLIMAH KITA AKAN TERCAPAI. aminn








Jumaat, 27 September 2013

cinta kali ke-2 :)




ungkapan rasa bersalah Dya :-

"I'm proud of you .. I also would like to apologize invaluable because you desire to see me present at the konvosyen not to be.. "

dear..
im proud of u also.. 

hari nie aku nak throwback moment time konvokesyen.. 

katanya nak datang , 
katanya lagi ingin raikan bersama, 
kata hatiku "oh yeyyyyyyhhh" 

org pertama yg menyambut kegembiraan aku adalah mak & abah.. sedondon jer mereka, bergaya dengan baju hijau.. sungguh semangat mereka raikan kejayaanku.. saat aku melihat mereka, aku terus menghadiahkan satu ciuman di dahi mereka. dan satu ciuman hinggap di kedua2 pipiku.. oh terharuuu .. mereka sumber kejayaan aku hari nie, kerna restu dan doa mereka , aku berjaya menjadi MANUSIA.. LOVE U MAK ABAH.. and thanks a lot for the flowers n lil bear.. so cute, like me hihi  ;)

dan saat kaki melangkah keluar dewan.. mataku liar + ligat .. sorang demi sorang aku tenung.. dengan sedikit angan2, dya akan muncul tersenyum sambil memegang sejambak bunga.. tapi, angan2 nie hanya sia2.. 
handfon dicapai.. 3miscall, 2msg.. "sayang, maafkan abang.. abang xdapat p" 

#luluh hatiku#mata berkaca#moodhilang# 

bermonolog sendiri.. xpe la. dgree kn ada lg.. nie jer ayat yg nk tenangkan hati... dn start pada hari 2, si Dya baik sgt, katanya2 menusuk kalbu,hinggakan terkenang2.. waduhhh.. 


aku mula jatuh cinta untuk kali ke 2 dengan Dya !!


hahhaha.. u always make me di awangan la ..

hari berganti hari, day of konvokesyen pown dah berhari2 berminggu2 .. 

sepangjang perubahan hari dan minggu, alhamdulillah, i got 3 interview for the job application.. alhmdulillah, salah satunya aku dipanggil kerja.. as a account clerk.
so aku kena masuk keja.. hati bersyukur dapat kerja, tapi dalam kepala nie sebenarnya tengah berserabut.. sb confius macam mana nak gtw si Dya.. ye la, pergi kerja trus tanpa gtw Dya.. fon plak silent, ye la nak fokus kerja sb 1st day.. sampai terlupa nk gtw.. then bila tgk fon, tudiaaa berpuluh2 call n msg.. aduiya.. xkan baru nk gtw yg dh keja.. sb masa tu dh nak balik pown.. so kepala mula naik tanduk.. xpyh gtw lg la yg dh keja.. bila masa sesuai baru gtw.. fuhhh mula tersenyum..
cerdik2 kita, rupanya Dya lagi cerdik.. dia msg my sis sb heran aku msg n call dia.. my sis plak x taw cerita, so semuanya kak aku cerita, aku dh keja la, start hari bla bla bla bla... ayooooo

dapat la msg mrh2 dari dya, api kemarahan Dya plak mendadak apabila dya xboleh nk log in fb aku.. paswrd aku tukaq.. "cik abg syg, dh berbulan2 i tukaq paswrd tu.. mana taw hari nie u nak buka" 
dia pown merajuk..
msg xberbalas
call x diangkat
maafkan sayaaaa

sampai la hari aku nak di interview dkt KMC, as a account clerk juga.. dan alhamdulillah.. si Dya nak teman.. strt kul 8.30 sampai la kul 12.30 Dya tunggu aku kt kmc.. sanggupnya dia.. trun2 lif, trus nampak Dya.. berbaju hitam, sedondon dengan aku.. hati berdebar, denyutan tu semakin kuat.. xkan aku jatuh cinta buat kali ke 3 kot huhuhu.. myb sb lama x jumpa kot.. sembang2 sikit, pas tu Dya ajak makan... 

betul kata org, bila berhadapan muka asyik senyum ja.. lgsung xmarah.. dya mintk maaf sb marahkan aku dulu , yer la keja xgtw.. hihi.. thanks dear.. 

dan sebelum balik dia bluetooth satu lagu.. 



Jujurlah sayang, Aku xmengapa


patutla suruh aku dengar sgt.. ada ayat tersirat.. nak perli jer keja dya.. btw thanks a lot  -_-


saya tinggalkan anda dengan video tersebut .. tatata :)


Rabu, 14 Ogos 2013

Penghujung Cinta_ aku Dya


kerap kali aku terasa
perasaan tu wujud tanpa aku duga

jeles??

ya, jeles.. perkataan itu seringkali berlegar di ruang mindaku
banyak kali aku cuba hapuskan.. tapi seperti ia sebati dengan aku

-perempuan itu sapa?
-ohh, perempuan tu buah hati cinta jantung si dya dulu.

-memang patut ko kena jlz
-tapi aku dikatakan seorag perempuan yg tidak memahami jika aku jlz. aku dikatakan cemburu buta.

-perempuan tu menggatal?
-x! perasaan aku ja kot. kata aku, si Dya ingin merapatkan hubungan mereka yg sudah lama terbengkalai. kata aku, si Dya sengaja nak dekat dengan perempuan itu. kata aku lagi, aku rela undur diri

-ko sanggup?
-ya.. biar aku sakit sekarang, daripada aku terpaksa tanggung sakit nanti.

-si Dya?
-si Dya seperti biasa. mulut cakap syg syg syg.. cinta bagai. tapi bagi aku xcukup. seolah2 terpaksa ungkapkan perkataan tu.wujudnya aku seperti tiada. "relationship with" !! sekadar atas mukabuku. aku hal aku , si Dya .emm ntah la.


ingin sekali aku akhirkan hubungan nie. tapi mungkin kerana aku terlanjur mencintai, membuat aku kelu . bagi aku, relation nie dh sampai ke penghujung.

seperti rumah yg dh dimakan anai2. mungkin suatu hari nanti, rumah tu akan tinggal tapak ja.
hubungan nie juga mungkin akan tinggal kenangan. kenangan , di mana hanya aku sorang yg simpan kenangan tu.

ia sekadar kenangan.









aku penat menjaga perasaan

aku penat menjadi setia
aku penat berlagak sabar

Ahad, 30 Jun 2013

Nota Hati Buat Dya







dulu awak kejar saya.. saya jual mahal.. awak cakap satu hari nanti, saya mesti cair dengan awak..
tapi saya bangkang !
saya cakap, saya xakan cair.. kalaw awak datang dekat kelas saya, saya nak bagi penyapu huhu.. 


sedangkan batu boleh lekuk dek air, inikan hati manusia..

saya terima awak. 

tahun pertama hinggalah tahun ke 5.. 


ragam awak ada dalam poket saya.. helah awak ada dalam genggaman saya.. tapi mungkin hati awak, saya xboleh tafsir.. saya serahkan kepada Maha Berkuasa.


saya ingat, jodoh kita sampai disini saja.. tapi awak cakap x.. awak syg syg..


mungkin awak ego, tapi saya lagi ego..
mungkin awak sibuk, tapi saya tetap tunggu
mungkin awak rindukan saya, tapi saya takut nak ucapkan hal yg sama.
mungkin awak penat .. saya bagi awak rehat.. 


seminggu saya menyepi,
tapi msg awak masuk dalam inbox saya x henti-henti.
awak cakap penat.


saya langsung xpedulikan fon . saya biarkan ia begitu. saya jauhkan ia..
sama seperti saya jauhkan diri dari awak.
sampaikan fon saya habis betri pown saya x sedar.


kan awak cakap kita ada jodoh.. walaupown kita x seperti dulu, saya tetap tunggu awak.
saya tunggu sehinggalah awak buktikan yg kita memang ada jodoh..



*maafkan saya, saya lemah soal hati :'(







Rabu, 26 Jun 2013

Bicara Soal Hati




" Biar rebah, jangan berubah
Biar kalah, jangan berpaling arah
Biar terbuang, teruskan berjuang
Ujian itu tarbiyah dari ALLAH
Semakin dekat padanNYa,Semakin dekat taufan melanda
Usah resah bila diri diuji
pasti ada hikmat tersembunyi
Pasti ada bahagia hakiki"



kadangkala manusia alpa, kadangkala manusia lupa. 
perihal hati dan perasaan. 
mungkin mudah untuk katakan, tapi susah untuk dijelaskan.

luka itu, bukan luka semalam.. 
luka itu amat dalam
luka itu tiada teman..

dia keseorangan..

hanya diri memahami..
berfikir sejenak..

Allah Maha Kuasa, Maha Mengetahui




Segala urusan yang tersembunyi, segala rasa ditelan sendiri.
mula mentarbiyah diri..
mencari segenap pelangi, untuk menyelubungi hati


dia mula tersenyum..

namun.
disebalik senyuman, terpalit rasa kecewa.

yang terucap dibibir, adakalanya x sama dengan yang tersimpan di dalam hati
walaupown saat itu bibir masih mampu tersenyum

senyumlah untuk mencipta kegembiraan,
senyumlah untuk menghilangkan kesedihan.




Ahad, 23 Jun 2013

It's Never too Late



Hari ini, aku sematkan semua memori dalam hati..
Mungkin saat ini hanya datang sekali..
Aku bersama mereka.  
Teman2 baru.. dah macam kenal  lama..
Dah boleh set untuk keluar bersama..
Dan macam2 plan yg mereka cipta..

Itu mereka.






Seminggu bertemu mereka..
Aku bersama fmly..
Biar sisa-sisa hidup aku di habiskan untuk mereka.
Mereka kesayanganku..
Mereka buah hati aku..




Tapi hati ??


Keadaan masih sepi
Dan ia terus begitu..

Saat hati mula berubah, aku gagah untuk pertahankan..

Saat hati mula mengenali insan lain, aku lempar jauh2..

Perasaan itu hanya mainan..
Lakaran indah aku cuba gambarkan.


Tapi kabur..
kerna aku masih mencari bahagia itu..




Jumaat, 10 Mei 2013

InTerVieW :)


Jumaat , 10 mei 2013

dh seminggu aku tau tentang tawaran itu.. tapi masih x memberi apa2 effect untuk hati aku ..
novel masih di tangan.. tiap-tiap2 hari.. selang 2 3 hari tajuknya silih berganti..

khamis..
sehari sebelum interview.. kata abah "aii x stdy pown untuk interview" .. tapi abah masih tersenyum.. seperti selalu, abah xpernah marah..

2 3 minit selepas abah masuk sembahyang, aku mula menaip msg kpd my heart.. minta tolong carikan apa2 information untuk intrview esk.. bkn aku mlas cari, tapi broadband aku terlalu lembap.. nak on9 pown loading berjam2..

petang khamis 2, my heart pown gtw la tentang apa yg aku perlu tau untuk interview ..  aku tulis dlm ketas.. tapi masih tak baca !!
mungkin sb aku x minat.. kata hati aku, nak gtw abah xmau p interview esk, sb ada member yg x p juga.. tapi masih x terkeluar ungkapan itu..

kamis mlm jumaat.. macam biasa, kami sekeluarga akan sembahyang jemaah, dan baca yasin..
kata abah sebelum baca yasin " niat la untuk kebaikan diri sendiri"..
aku pejamkan mata, tarik nafas.. dan niat.

setelah selesai.. abah membacakan doa.. mata aku layu, mengantuk ! tapi aku tersentap bila dalam doa abah terselit doa untuk aku... semoga aku diberi kejayaan, supaya aku hilang gemuruh, supaya aku yakin dengan apa jua keputusan yang aku buat...

terharu sgt.. emmm

abah mengharapkan aku untuk lakukan yang terbaik.. aku terpaksa canclekan niat aku untuk bagi tau abah yang aku xmau p interview esk..

untuk penuhi permintaan abah, selepas sembahyang insya', aku mengadap laptop merah nie.. mencuba nasib.. alhamdulillah, broadband ok!!

sambil menyelam, minum air.. aku mula mencari bahan2 untuk interview esk + on9 n siap boleh update blog lagi :)
terbaik la broadband aku, then baru aku terfikir.. doa abah, restuMU Maha Pengasih 

jam 1.15 pagi.. aku tutup laptop.. pergi ke toilt.. tapi abah x tidoq lagi.. abah baca ayat hafazan sambil tgk tv.. mulut abah sentiasa basah dengan ayat2 suci.. aku bangga dapat seorang ketua keluarga macam abah..


kaki mula melangkah masuk bilik.. abah pesan "esk bangun awal na, jumaat. kita myg sujud sejadah"
aku mengangguk tanda setuju sambil senyum dan terus masuk bilik .. tapi dlm hati (abah cik tdoq lewat, takut mengantuk esk ).. lampu aku tutup.. gelap + hanyut zZZzz

6.15 mak kejut.. bangun mandi, sudah mandi abah da kt sofa.. kata aku"abh dh myg ka?"..
abah ckp " dah.. kesian nk gerak cik, smlm cik tdoq lwt" sambil senyum..
dlm hati aku, abah mcm tau ja apa aku ckp dlm hati semalam..


7.30 aku sampai ke tmpat intrvw, dh ada org sampai.. baru aku teringat.. aku x baca apa2 lagi !! dammm !!!
mula la gelabah.. nota di keluarkan, tiba2 dtg sorg perempuan tgur aku.. dia bercakap x berenti.. tanya aku mcm2.. dalam hati geram sb xbaca apa2 lagi..

tawakal ja la

dan bila tiba msa untuk intervw, aku sempat baca nota2 2.. alhmdllh, aku cpt ingt.. aku di panggil !!

fail diserahkan..
interviewer - introduce urslf?
aku             - bla bla bla bla........
interviewer - u stdy in accounting? y u apply this job?
dalam hati aku * dah dpt offer xkan xmai!!*

aku - i apply after spm, but after i finish my dploma i got this job *bi tungganglanggang*nasib badan
interviwer - seeloknya u sambung in account, result u elok, syg kalaw u x sambung
aku - memang saya dh apply untuk sambung pown.. tapi saya dpt tawaran nie, kena la juga mai.. nnt nama blacklist.. lagipown fmly sama suruh datang * nth datang dari mana ayat nie hihi *

so gudluck for ur degree.. kata intervwer sambil senyum

aku tersenyum.. alhmdllh, allah mengetahui apa aku rasakan.. syukur sgt2 sb memang aku nak teruskan dlm bidang akaun :)

dan aku story dkt mak n abh.. abah ckp kenapa xbagitau xmau p? mcm biasa aku hanya senyum, yg penting aku dh lalui semua 2..
dan sekurangnya aku dh penuhi permintaan mak n abah untuk pergi juga intervw 2..




p/s _ xsalah kalau kita membahagiakan ibu bapa kita, Allah Mengetahui apa yg dirancangnya..

                               



Khamis, 9 Mei 2013

3years _ Ditahunakhir_dploma in accounting


JUNE 2010 _ MAY 2013

3tahun yang lepas

aku begitu teruja untuk tamatkan pengajian..
masa 2 rasa xsabarnya nak abis.. nak cari keja dan sebagainya..
setiap sem yg di lalui terasa begitu cepat.. mungkin mulut selalu sebut nak graduate awl, so masa pown cepat la berlalu..

sem 1 - wajah masih suci, segala keletah, kebaikan dan keburukan belum 
           terbongkar.. tutur bicara juga begitu sopan

sem 2 - belangnya mula timbul.. tapi masih kabur.. tuturnya tidak begitu di 
            jaga, kadang2 diselit dengan lawak bodonya

sem 3 - dah boleh tolak bahu kwn, lagaknya ala gengster.. tapi sifat sygnya 
           dengan teman2 mula menebal di dlm hati

sem 4 - dah boleh cipta memori bersama kwn2.. xboleh berjauhan sikit, mula 
           la rasa sunyi

sem 5 - kwn dan diri !! sudah sebati.. xboleh nak pisah2 lagi

sem 6 - saat nie semua wajah pucat lesi.. dari wajah itu tersemat rasa yg 
           sukar di tafsir..



Di tahun akhir ...   pelbagai karenah mereka aku dah hafal .. dari belakang pown aku dah kenal, sorang demi sorang.. cuma kadang2 x perasan sb rabun 

Di tahun akhir ...   suara yang menyampuk datangnya dari bahagian belakang tika ada insan mulia mengajar di depan.. cukup aku kenal !!.. suara mereka sudah sedondon dengan jiwa dan hati aku.. kadang2 terdengar juga suara sayu2 dari line sebelah kiri aku.. walaupown agak perlahan, ia tetap jelas bagi aku.. aku masih boleh kenal siapa mereka.. di bahagian depan kelas, sudah pasti aku dapat melihat mereka.. ada kala mereka hanya diam tanpa menyampuk.. ada kala mereka bising mengalahkan aku.. ada kala mereka buat satu kelas ketawa..

Di tahun akhir ...   kita bagaikan sebuah family yg sgt rapat.. yg hidup dalam pelbagai agama dan budaya..

&

Di tahun akhir ini juga aku baru merasa kita bagai air yang mengalir di aliran yg sama dan tumpahnya air2 itu di lekuk hati kecilku..




dan hari ini , kita di gelar FRESH GRADUATE 

hope, apa yg di hajati kalian akan dimakbulkan.. 
semoga sama2 kita menggenggam segulung kertas yg sgt berharga untuk 3 tahun yg lepas..








Rabu, 3 April 2013

Si gadis dan Teruna



dah beberapa bulan mereka x jumpa.. dah berapa abad mereka dengan haluan mereka sendiri..

seorang kekiri, seorang lagi kekanan.. hanya diam menyepi.. membisu sendiri...dan itulah keputusan mereka..
hanya miscall untuk lepaskan syarat, sekadar msg acuh x acuh.. itu menjadi rutin harian mereka..

bagi si gadis, hubungan mereka bagai cawan yang dah retak, tunggu nak buang ja..
bagi si teruna, hubungan ini perlu di teruskan biarpun dalam keadaan yg sukar di jelaskan..

nampak indah, tapi sebaliknya..

kata si gadis    - lelaki ego.. merajuk pown susah nak pujuk
kata si teruna  - kalaw merajuk , sampai bila nak setlle masalah..

si gadis melepas keluh yg berat.. "susah kan bercakap dengan lelaki"
memang xdak perasaan langsung..


kesian si gadis . . .
diam    - nampak lemah
lantang - nampak salah
terlalu berjaga - dimarah-marahkan
menangis - lelaki rimas


tapi untung si teruna, si gadis masih setia menunggu ..

walaupun banyak sangat dugaan dalam hubungan, inilah yg membuktikan kita perlu kuat untuk hadapinya pada masa akan datang..


_________________________________


kita sebenarnya dekat, tapi awak yg menjauh 
kita sebenarnya diuji, tapi awak yg rapuh
kita sebenarnya meniti kasih sayang, tapi awak yg xbisa melihat

kita diajar melihat dengan mata hati, bukan melihat dengan mata kasar ..
maka ini semua perjuangan kehidupan yg perlu mengerti
bukan untuk mencari salah siapa,
tapi untuk diperbaiki setiap hubungan 







Selasa, 26 Mac 2013

Mengapa AIr laut masin ????




Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.



Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.



Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Sabtu, 23 Mac 2013

keluh kesah



bila ada rasa dalam hati, kita kulum ja.. 
pendam sorang2, sb takut nak cerita.. 

takut ada yg terasa..   
   takut ada pandangan negatif.. 
walhal diri ini tak tertanggung sorg2..

aku mula berbalik kepada Maha Pencipta..

aku terjaga terlalu awal dari hari biasa.. 
walaupown mata tertutup lewat sgt semalam..
aku masih mengantuk.. macam nak sambung ja tdoq lg.. 

aku pusing kiri pusing kanan.. nampak mcm gelap lagi, mesty masih awl.. 
tetiba jam bunyi.. sangkaan aku salah.. 

6.50 a.m

kaki laju ke toilet..
sejadah di bentangkan..

terasa sayu sangat pagi nie.. macam nak teriak.. 

ya !!! 
air itu jatuh juga akhirnya, walaupown x di undang...


terasa macam ada yg x kena, terasa macam ada salah yg x terampun...





'hati mula tenang'
'segala masalah hati dah di luah'
'hanya padaMu aku berserah'
'hanya padaMu aku mengadu'
'


Ya Allah... permudahkan segalanya.. permudahkan perjuangan ku..
semoga aku berjaya menjadi penerang hati kepada kedua ibu bapa..




* tetiba rindu ibu yang menyusu, dan abah yg mencari rezeki dan didikan agama, walaupown diri ini banyak sgt kekurangan *


sayang mak abah :)









Rabu, 20 Mac 2013

mood_sedih :(



saat aku mengenali mereka.. 
semuanya indah..
pahit manis jer rasa..
walaupown hanya sesaat, rindu itu pasti terasa.. 
sampai kelubuk hati..

bak kata yana " bahagia bukan hanya dicari, tp perlu dikenali "

kita dah saling mengenali, kita juga saling memahami..
sebab itu bahagia ada dengan kita.

bak kata dila " kata kwn , so apa2 pown xpa "
bak kata kinah "nnt kita koyak duit, pastu camtum.." so sweet :)
bak kata aku "membazir ja kinah " hihi
nora plak ckp "nnt jumpa bwk hubby na :) "


luv u all


*xmau lagi tinggal cinta hati sya.. sb xtahan rindu :( *