Cute Pink Kaoani

Isnin, 11 November 2013

im try to find a heaven




Aku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. semoga dipermudahkan segala urusan, semoga dijauhkan dari fitnah syaitan!

blog yg dah kusam. dah lama rasanya x jenggah.. banyak kisah yg nak dikongsi. jari jemari ligat di atas keyboard, setiap baris ayat lahir dari hati yg penuh ikhlas.. 

hampir separuh 50% siap . akhirnya button delete juga jadi sasaran.. 

sekelip mata. screen menjadi putih ! kembali pada asal.


biarkan ia jadi tanda tanya. biarkan ia jadi bahan mulut manusia. biarkan ia jadi topik bila berbicara.


INI KISAH AKU . INI CERITA AKU . INI PILIHAN AKU.


hati minta dihargai. hati minta disayangi. kadang2 aku benci punya perasaan! tapi aku salah..aku silap.. mengapa harus aku menolak ciptaan teragung Allah.. ??

Astaghfirullahal'azimmmm.. 

sebenarnya indah punya perasaan.. kadang2 senyum ,gembira bahagia. kadang2 sedih xingat dunia.. 

aku . kisah sebelum ini . kisah saat ini. kisah detik ini . yang kadang2 aku diam bila ditanya, kadang2 aku alihkan pandangan dari terus memanah mata mereka. menyembunyi apa yang aku rasa. hanya tersenyum bila berhadapan. berceloteh seperti biasa.. tanpa ada siapa menduga. mendungnya hati bila terus menyayangi.

sekarang.

Aku kurung hati dalam kotak bermangga besi
Memilih bayang-bayang buat temankan diri
Berlagak kuat kononnya mampu hidup sendiri
Sehingga mata berbengkak bila munculnya pagi.

Ada sebab mengapa aku memilih sendiri !
Ada sebab mengapa aku jauhkan diri !
Ada sebab mengapa aku hanya menjadi pemerhati !
Ada sebab mengapa rahsia hati hanya dikongsi dengan Illahi !



izinkan aku bangun muhasabah diri. izinkan aku bangkit perbetulkan kesalahan diri. izinkan aku menjauhkan diri untuk kita bertemu di syurga hakiki..

Tolong izinkan aku kumpul sebanyak mungkin bekal untuk mengadap ILLAHI.


Aku simpan kenangan dalam hati, aku selitkan juga dalam doa ini, semoga ia menembusi 7petala langgit, agar aku xmenyesali dengan kesombongan yang aku pilih sendiri. 


akhir kalam.. aku seperti dulu dari luaran. hakikatnya aku lari kejarkan akhirat.. berikan aku kesempatan untuk mengetahui DIMANA AKU DIMASA AKAN DATANG. 







2 ulasan: