Cute Pink Kaoani

Jumaat, 17 Oktober 2014

MimPi Pelik!


A beautiful Friday . 
Jam handset berbunyi menandakan sudah pukul 6.00 pagi.. Jam tu Sal dismiss kan dan kemudian sambung tidur.. Memandangkan hari ni off day, terasa malas pula nak bangun awal untuk solat. 
Mata dipejam! cuba mencari balik keenakkan tidur dan keempukkan tilam. Pusing kiri pusing kanan. Terngiang-ngiang pesan Arwah Abah. 

" Kalau dah terjaga kena terus bangun p basuh muka, baru tak mengantuk.. Kena lawan sikit.. Lepas sembahyang sambung la tidur balik".

hmm xjadi tidur macam ni.. So Sal terus bangun ke toilet.. Subhanallah sejuknya air paip ni.. mungkin faktor hujan semalam. Selesai membasuh muka gosok gigi dan berwuduk, Sal terus menyarungkan telekung. Terdengar pintu bilik mak dan kakak keluar untuk ambil wuduk rasanya. selepas solat sunat subuh dan diikuti solat subuh, Sal termenung seketika.. Teringatkan Arwah Abah. 

Hari ni dah 95hari abah pergi kepada Maha Pencipta. Selalunya pagi jumaat abah akan imamkan kami sembahyang solat sunat Sajaddah. Selepas sembahyang Sal dan kakak mesti sambung tidur..tp terdengar suara abah baca alquran.. bila kami bangun pukul 9, abah dah xdak pergi ke bendang.. atas meja akan ada nasi lemak.. kadang2 abah dgn Mak akan ajak kami sarapan d kedai.. memandangkan kami ni jenis yg memang suka tidur pagi kami suruh abah beli bungkus.. tapi terkadang rajin ikut juga abah sarapan di luar.. best hirup udara segar pagi2 

Tapi sekarang berbeza.Saat tu xboleh nak putar balik 

TAP! 


Lamunan Sal terus terhenti. Sebak lagi.. Ntah bila air mata ni akan kering kan .. 

Selesai berdoa,Sal rajinkan diri membaca Alquran. Dah masuk Juzuk yg 21, lagi 9 juzuk nak habis .. Sebab Abah mintak Sal dan kakak2 tolong sedekahkan bacaan Alquran bila Abah xdak.. Alhamdulillah, dan Insyaallah semoga apa yang kami baca akan sampai kepada Abah.. amin.

Sebenarnya bukan tu yg Sal nak sampaikan, tapi sedikit pengalaman yg Sal nak share.

Ok. Orang cakap mimpi tu mainan tidur kan? Ya . Memang, Sal akui. Tapi kadang-kadang mimpi sebenarnya petunjuk untuk kita.. Sal sebenarnya terpikir perlu ka Sal rujuk kepada seseorang berkaitan mimpi Sal ni, atau pun Sal perlu diam ja?

Nak tanya, tapi xtau sebenarnya nak tanya sapa. Nak bercerita pula, nak bercerita kat sapa? Nt org ckp" alah mimpi ja tu, xdak apa pun"
tu la masalah Sal.. Memang asyik -ve ja.. Aduh.

So, other solution Sal luahkan dlm blog ni.. at least kalau ada siapa2 yg terbaca my blog ni boleh la bagi sedikit nasihat or share something yg diorang tau kan..

ok, berbalik kepada mimpi Sal.. Sal pernah dua kali mimpi dimana sal duduk beribadat dalam sebuah Masjid yg indahhhh sangat.. Semua peralatan , ukiran masjid warna putih.. Cantik yg teramat, besar luas, xtau macam mana Sal nak gambarkan.. kalau la boleh print screen gambar masjid dlm mimpi tu mesti korang semua akan cakap Subhanallah jgk.. mimpi ni sebenarnya dah lama.. tapi disebabkan sal asyik teringat mimpi tu, buatkan Sal xsenang duduk.. Ya la, dua kali mimpi yg sama ..


Selang beberapa bulan mimpi tu, Sal dapat offer yg xpernah Sal sangka2 .. Ya Allah! Menangis , terharu terus..  tapi Sal menangis masa dalam bilik ja.. malu la nak tunjuk rasa terharu yg amat tu depan famly yg lain hihihi.. Memang rasa jari2 Sal sejuk, tiap kali solat Sal ucap syukur sgt2 dkt Allah.. Lepas tu Sal mula manipulate kan ganjaran tu dgn mimpi Sal yg sebelum ni.. Mungkin ni kot petunjuk and petanda tentang mimpi Masjid yg indah tu kan? kalau betul, Alhamdulillah sgt2.. Xsabar pula rasanya..
Tapi korang semua mesti nak tahu  apa offer and ganjaran d sebalik mimpi tu kan??

Sabar. Sabar. Tunggu masanya datang Sal akan bagi tau.. Lagi 2bulan ok, Insyaallah. Doakan semoga segalanya berjalan lancar  :)


Satu lagi mimpi yg Sal dapat dan xboleh Sal nak lupa macam tu ja.. mimpi ni baru lagi, 2Hari sebelum kita sambut Hari Raya Aidil Adha.. Siang tu kak Sal ada bagi tau, hari ni hari Arafah.. Strt pukul 5.30 sampai 11malam waktu Malaysia doa yg kita minta InsyaAllah akan dimakbulkan Allah.. Wallahhualam.. As a Muslim Sal percaya , apa salahnya kita doa lebih sikit.. macam kita mencari Malam lailatulQodar..

Alkisahnya, mimpi tu macam ni :-  




(di halaman rumah)
Sal           : kak yah tgk kt langit tu , ada awan bentuk tapak kaki orang berjalan la.
Kak not    : ha la tapak kaki tu p mana?
Kak yah   : hari ni hari Arafah, sunat berpuasa, org ckp kalau mintak doa ,doa tu makbul                    sb pintu2 langit, pintu syurga terbuka.

*oo maknanya tapak kaki tu p ke pintu syurga la ya*

Org Kampung 1   : cepat2 masuk dalam rumah Abah hampa tengah nazak
*kami berlari masuk ke dalam rumah, ya Abah tgh nazak. ramai org kampung d sekeliling abah.. Tiba2 abah muntah*

Org kampung 1 : tgk air muntah ni, jernih, wangi.. Ni la air dari syurga. Subhanallah.

*abah baring semula.. org sekeliling ajar abah mengucap.. Abah sebut Allahhh dan  Abah terus meninggal.. Kami bertiga menangis disisi Abah*

org kampung 2 : Innalillah. ni anak dia nama apa? (sambil tunjuk kpd kak yah)
kak yah            : Nurul Umaiyyah
org kampung 2 : yg ni ?(sambil tunjuk kpd kak not)
Kak not             : Nur Sharifah
org Kampung 2 : hat ni? (tujukan kpd Sal)
Sal                    : Siti Salbiah
org kampung 2 : Haaa yg ni la Arwah selalu sebut sebut sebab rapat dgn dia..

ha! sal terus terjaga dari tidur.. Ya Allah. tu la kisahnya.. sampai ke hari ni Sal terpikirkan mimpi tu.. apa petandanya Air dari Syurga, tapak kaki berbentuk awan yg seolah2 org berjalan. dan kalau nama sal abah selalu sebut, adakah Sal akan pergi menemui Allah? . hati Sal seram sejuk.. bukan sal xnak mati, sedangkan sekarang pun sal dalam proses menyempurnakan apa yg sal xbuat sebelum ni.. cuma sal nakkan petunjuk.. Apa2 pun Sal bersedia.. mungkin sal org pertama dlm famly yg akan pergi Jumpa Allah dan Abah.. siapa tau kan? tu hanya Andaian Sal ja.. yg selebihnya Allah maha Mengetahui..

Mimpi yg sebelum ni mungkin Sal dah dapat petunjuk, boleh la Sal rasa lega sikit.. tapi mimpi ni pula yg bermain d fikiran Sal.. 

Sal cuma harapkan yg mimpi tu petunjuk bahawa Arwah Abah bersama2 Ahli syurga yg lain hendaknya.. Aminn..

* mimpi tu indah sgt. 
*tolong sedekahkan Alfatihah untuk arwah abah sal sama ye.. tq :)





Ahad, 5 Oktober 2014

ReZEki ^,^


Alhamdulillah syukur sgt.


Rezeki tu datang dari Allah.. betul ckp org, susah dahulu pendapatan, bersenang2 kemudian. Dulu kita susah org xpandang, kutuk belakang, buat keja nu salah keja ni salah.. ada ada ja mulut manusia.. Ha bila kita dah mula up dari satu ke satu, mula la  nak datang tanya petua, mula la xsenang duduk.. Aku jatuh bangun sendiri.. saat aku rebah, mintak manusia hulurkan tangan, tp xda pun yg sahut.. terkontang kanting sendiri cari jalan untuk bangkit, cari jalan nk tlg fmly, cari jln nak keraskan hati, nak pekakkan telinga.. Ni lah hasil sekarang..

Usaha, doa tawakal. Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah, jika niat kita betul xda yg mustahil kan?

dh penat nak throwback, kisah2 lama. Allahhu.. hati lebih tenang sekarang.


kejayaan keluarga yg bangkit dari kesusahan.

Semoga mereka-mereka tu dikurniakan taubat oleh Allah.

Semoga Allah terus lindungi kami, semoga rezeki ini Allah rahmati.. Semoga kami dijauhhi dari riak dan sombong. Amin.



THANK YOU ALLAH BLESSING OF MY FAMILY



Rabu, 30 Julai 2014

SYAWAL Menjelang sudah.


Alhamdulillah, dapat juga kita mengharungi bulan Ramadhan dgn jayanya.. Sekarang tibalah masanya untuk kita meraikan kejayaan kita..

Ramadhan kali ni byk sgt kenangan buat diri sal.. tp sal syukur sgt, sb dlm masa sebulan berpuasa sal dan keluarga dapat mengeratkan lagi silaturrahim malah berpuasa bukan penghalang untuk sal terus berbakti kepada Arwah Abah..

Kenapa Sal ?
Sal xredha ka?
Abah abah abah!

Ya Allah. Sabar wahai hati.. kenapa terngiang2 suara2 sumbang tu?

Sal rasa kehilangan.. sedangkan kawan2 abah yg mai pun menangis dan xpercaya.. Inikan sal yg tiap2 hari tgk abah.. tiap2 hari tukarkan pempes, suap abah.. Masih terbayang urat2 d tangan abah, masih terbayangkan senyuman abah..

Baru 15 hari abah pergi.. dah 4kali abah datang dlam tidur sal.. xpuas rasanya peluk abah.. macam nak terus ja mimpi abah, mcam xnak bangun tidur sb takut xdapat mimpi mcm tu lagi.. tapi apakan daya.. sal redha.

.
.
.

Buat Abah tersayang,
selamat hari raya. raya ni kami belajar hidup tanpa abah. Xdapat lagi kita bergambar sama2, xdapat lagi cium tangan abah.
tempoh kasih sayang kita terlalu singkat. 22tahun berada dalam pelukan abah, masih xcukup. Masih xpuas!
tempoh tu terlalu singkat. anakmu baru mula melangkah mengenal erti kehidupan sebenar..

Abah, semua anak2 abah ada di sisi mak.. kuatkan semangat mak..
tapi mak nangis bila kami salam pagi raya
mak nangis lagi bila kak nurul mintk izin balik tdur umah dia, walaupun dkt ja mak tetap nangis.
mak nangis lagi bila abg pula beransur balik johor. Kak not pula mula mintk izin tdur umah mak mentua dia 2hari.. Mak sebak lagi..
Air mata tu aneh kan? xpernah kering.

hari ni, malam ni hanya tinggal kami bertiga d rumah.. Sal, mak dan adik.. tapi abah xpyh risau, kak abg asyik call ja, myb risau kot..
tv yg dkt depan tu dah xdak sapa yg nak on kan.. lepas insya' adik tdur, mak masih mengaji.. Ya allah.. sunyi sungguh rumah..
kenapa tiba2 air mata sal keluar??

kain pelekat abah sal capai. sal cium. sal peluk.

abahhh

terpisah kita d dunia.
terpisah kemesraan antara kita sekeluarga.

tapi ikatan kita xakan terputus
kenangan kita xakan hilang
percaya lah, abah idola kami.. wira kami..

berat rasa kaki nak melangkah keluar dari pusara abah.
hanya kiriman doa utk abah, semoga d cucuri rahmat oleh Allah.

Selamat tinggal abah.. kami akan menyusul abah suatu hari nanti...


"Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita...
maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu 
dengan sesuatu yang tak dijangka"











2013 
Raya terakhir bersama Abah
AL-fatihah 





Ahad, 20 Julai 2014

PART 3 :- AZAN terakhir untuk ABAH

Bismillahirrahmanirrahim..
(dgn nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani)


Alhamdulillah, dah masuk 22 Ramadhan.. cepatnya masa berlalu. dah nak habis bulan puasa.. Ya Allah, sibuknya aku bulan puasa kali nie.. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yg hambanya kerjakan.. 

Bulan April , Entry pertama aku buat abah.
Bulan Jun, Entry yg ke-2, 
dan sekarang entry yg ke-3 aku tulis cerita tentang abah.

Untuk pengetahuan semua, Abah sal dah kembali ke rahmatullah pada 16/7/2014 bersamaan 18 Ramadhan pada jam 1.12 pm d Hospital Sultanah Bahiyah di usia 54Tahun. Innalillahhiwainnailaihiroji'uuun .kepadaNYA kita datang dan kepadaNYa jugalah kita kembali.

Hari ini barulah sal berkesempatan untuk menulis dan berkongsi saat di akhir perjalanan seorang wira dan idola sal.. kisah ini sal kongsikan untuk sama2 kita mengambil iktibar atas setiap detik yg berlaku dalam hidup.. sesungguhnya setiap saat itu adalah kenangan.. dan dalam setiap saat juga bermacam2 hal boleh berlaku tanpa kita sedar..


Sesungguhnya kematian itu memberi peringatan. Ia memberi peringatan kpd yg masih bernyawa bahawa kematian, alam kubur, persoalan Munkar dan Nakir, serta hari kebangkitan adalah benar.. bermulanya dengan kematianlah kita dapat memperbaiki diri yg seba kekurangan ini.
sebelum sal cerita detik2 terakhir arwah Abah, marilah sama2 kita sedekahkan Alfatihah kpd arwah, semoga abah sal ditempatkan bersama-sama org yg beriman, ALFATIHAH :-

AMIN..

ok. sebenarnya sal sendiri xtau dari mana sal nak mula.. sebak, sedih.. tapi sejujurnya sal redha. malah sal bangga ada seorang ayah macam Abah. lapang dada sal tgk permergiaan abah kelmarin.. bukan sal happy abah xdak, tapi sal hppy sb abah pergi dalam keadaan yg sentiasa ingtkan Allah.

27/6/2014
abah dimasukkan ke hospital.. kalau ada yg nak tau kenapa, boleh la baca d entry sal Part2 

7 8hari sebelum operation.. najis abah ada darah..tukar pempes ja ada darah..dktr sahkan abah ada ulser usus pula.. mak cakap 119 beg darah dimasukkan dlm badan abah, dan 84 beg darah putih.. tapi abah lgsung xmerungut.. abah masih ok.. sembang, cumanya suara dah serak2..
basuh najis abah pun, abah diam ja.. suruh angkat kaki abah angkat.. alhamdulillah. abah xlupa Allah.. asyik sebut Allah ja.. semua anak2 abah ada disisi abah.. kami langsung xtinggal abah, bergilir2 jaga abah.. Mak, pula sentiasa disisi abah.. xbalik umah langsung.. siang malam mak hanya d sisi abah..Untung Abah :)

10/7/2014 KHAMIS  petang, dktr trpaksa buat operation utk abah disebabkan pendarahan yg berterusan.. tapi dktr cakap risiko tinggi 50 50.. setelah berbincang anak beranak, kami setuju utk buat operation tu..  
lebih kurang jam 9.00 mlm,operation selesai.. keadaan abah masih belum sedar.. abah dihantar ke bilik HDW,ICU.. semua anak2 masuk tgk abah, tapi hanya diluar cermin.. sedih tgk abah.. wayar penuh.. masih menggunakan mesin pernafasan.. mlm tu mak dah blh balik rumah disebabkan bilik tu xblh tunggu..dgn berat hati, terpaksa juga tinggalkan abah di hospital sorang.. jelas rasa terkilan d wajah mak kerana terpaksa tinggalkan abah.

11/7/2014 JUMAAT.. doktr bagi tau kaki abah dah ada pergerakkan.. Alhamdulillah, syukur sangat2.. dktr pun cakap, abah cepat sedar.. semuanya kehendak Allah.

12/7/2014 SABTU , abah dah sedar sepenuhnya.. dah buka mata tgk mak dari cermin.. sedih bila xdapat sentuh abah.. selepas melawat abah, kami balik berbuka .. 10 malam dktr call kakak sal, abah dah ditukarkan ke wad biasa 3c.. dengar ja berita tu, sal, mak dan kakak2 semua pakat senyum happy.. syukur sgt.. masa tu dah terbayangkan abah akan balik umah .. sampai ja d wad semua teriak sambil peluk abah, rindu xterkira.. sedih pula bila masuk tgk abah dok sorg ja dlm bilik tu.. abah mcm sedih, abah terus tutup mata.. ada air mata di mata abah.. abah masih xcakap.. tutup mata seolah2 merajuk.. malam tu sal dan mak temankan abah .kesian nak biarkan mak ja jaga abah..


sepanjang malam tu, abah ada sebut sakit sambil pegang tempat operate d perut.. sal pegang tangan abah, tapi abah usaha jgk nak pegang.. sal mntk dktr letakkan ubt tahan sakit.. sal bisik d telinga abah, "abah kena sabar, Allah syg abah, sbb tu Allah uji". Sal zikir sambil tepuk abah tidur.. sal memang layan abah macam budak2, sb sal rasa ni la masanya sal nak berbakti utk abah.. dulu abah blh zikir tepukkan sal tidur masa kecik2, why not sal buat hal yg sama kan... abah terus tutup mata.. dan biarkan sal pegang tangan abah.. sal tau abah sebak.

13/7/2014 AHAD, sal balik umah pukul 10 pagi.. sal dah mntk cuti sb temankan abah semalam.. tapi sbb kesiankan budak2, sal p jgk lepas mandi urus diri, dlm pkul 11pagi sal p tgkkan budak2 d sekolah sampai pukul 12 tghari.. tu kan tanggungjwb jgk..
siang kak sal tlg jagakan abah dgn mak. start maghrib sal jaga lagi.. Sal ada tanyakan abah, Abah kenal x sapa ni.. abah angguk.. sal cium dahi abah.. sal gtau abah, sal nak duduk berbuka jap, abah angguk tanda izinkan.. lepas sal dan mak sembhyg, kami bacakan yasin tepi abah.. abah hanya tidur sambil perhati ja kami baca.. sepanjang mlm tu sal zikir jgk smbil tepuk abah.. abah masih xcakap dgn sal, angguk dan geleng ja.. tapi dgn kak siang abah ada jgk cakap.. xpa sal paham.. sal balik rumah pukul 12.tghmlam dan ganti pula dgn kak sal sampai pagi isnin. sbnya isnin tu sal dh keja.. sal gtau abah nak balik sb esk keja, mcm biasa abah angguk... sal cium dahi , pipi dan salam tgn abah.

14/7/2014 ISNIN, mcm biasa siang kak yg jagakan abah.. sal pula ganti time berbuka sampai selasa.. sbbnya selasa tu sal cuti, xkeja.. kan 17 Ramadhan Nuzul Alquran.. mcm biasa sal berbuka dgn mak, smbhyg dan terus mengaji.. tapi mlm tu Mak baca yasin sorang ja, duduk d sebelah kanan abah.. Sal pula bacakan Alquran..

Mlm tu sal bacakan suruh2 yg abah selalu baca, Surah Arrahman, Waqi'ah, dan sekali dgn terjemahannya.. lepas baca yasin mak mntk izin nak tidur jap.. sb mak pening.. sal teruskan baca terjemahan tu utk abah.. sal memang sengaja baca surah2 tu, sbb sal nak abah ikut dlm hati.. selalunya kita ni kalau kita dh hafal sesuatu tu, bila dgr ja org baca kita pun akan turut baca jgk kan.. jadi mg sal nak sgt abah ikut dlm hati..

abah pegang tangan sal,abah tgk tepat muka sal, abah senyum, nth tiba2 terkeluar air mata sal.. abah pejam mata, mgkin sebak..tp tgn masih pegang sal.. selesai ja baca.. sal bagi abah minum air, hanya beberapa camca ja.. sal suruh abah tidur, abah geleng..
sal cakap kt abah.. "abah cik xbalik mlm ni, cik temankan abah. esk cik cuti" abah angguk + senyum. subhanallah, sumpah sal happy sgt sb abah kerap senyum mlm tu.abah pun kerap gosok kepala sal letakkan kepala tidur sebelah abah.. sebak sgt.. 

15/7/2014 SELASA, sal balik rumah pukul 10, dan tukar dgn kak pula jagakan abah.. siang tu kak dh guntingkan misai abah sikit.. abah bagi ja.. abah mau sembang.. abah gtau nak mkn buah tembikai susu.. jadi kak pun call gtau mntk tlg bawa buat tmbikai susu utk abah.. time melawat ptg tu, sal suapakan abah buah, abah makan 4hiris.. lepas tu , abah cakap kat kak nak biji selasih dan ubat kahak, sebelum kak balik kak turun p kedai .  masa kak p kedai abah tnya sal semua anak2 abah.. sal phm walaupun suara abah masih serak.. bila kak sampai, abah gtw abah nak makan ubat kahak, kak pun tlg suapkan abah.. lepas tu kak mntk izin utk balik, sb hanya 2org ja blh jaga abah.. peraturan hspital ..

mcm biasa sal mntk izin utk brbuka dgn mak.. abah angguk,. selepas sembahyang mgrib mak  dah pegang surah yasin, sal duduk d sebelah abah ready utk bacakan alquran.. abah pegang tgn sal, sambil tunjukkan tulisan di atas syiling hospital "KIBLAT'.

sal cakap kat abah "ya cik sembhyang ikut kiblat tu la ", abah geleng, abah angkat tgn buat gaya mcm org angkat Takbirratulihram..
sal tanya lagi, "abah nak sembahyang ka"?.. pelik la jgk sal.. dgn wayar di tngn dan leher, sal mg xphm apa abah nak sampaikan.. abah tarik tngan sal bagi dekat, abah ckap pelan ja, suara pun xbrpa jelas..
"TOLONG AZAN SAT, ABAH NAK DENGAR" alhamdulillah sal baru paham apa abah nak samapaikan..
sambil mengadap kiblat, dan genggam tangan abah.. sal pun azankan utk abah.. penuh tertib, supaya abah dengar jelas suara sal.. Selesai azan, sal angkat tangan dan bacakan doa selepas azan.. abah pun angkat baca jgk..  Sal terus cium dahi abah.. lepas tu abah gtw  "berak"..
mak tanya " abg nak salin sekarang ka?"..
abah ckp "Ya, salin siap2 esok xpayah teruk dah"

mak tengok sal, sal paham.. mak rasa abah ckp pelik.. kami pun salinkan pempes abah.. mudah ja.. abah xpernah menyusahkan.. lepas salinkan pempes, sal turun p kedai bwah.. masa tu dlm pukul 8.50.. lebih kurang 15-20minit sal turun, sal pun naik.. sebaik ja naik, sal tgk mak sembang dgn abah.. lepas tu abah mintk air biji selasih,. selalunya bila sal bagi abah minum , abah hanya akan baca bismillah ja.. tapi mlm tu abah baca doa panjang.. abah baca doa macam abah buat bila ada org mai mintk air penawar kt abah.. selepas minum, abah mntk nk duduk.. tapi abah xbagi sal ngn mak pegang.. abah nk usaha duduk sendiri.. alhamdulillah syukur, abah mampu duduk sendiri walaupun pergerakkan agak lambat.. 

ada nurse datang utk checkkan keadaan abah.. doktr ckp semua elok, darah pun dah ok.. sal ngn mak pun ckp, hemm  2 3 hari lagi blh balik la abah.. abah senyum ja.. lepas nurse pergi..sal masuk sembhyang insyak.. abah mintk mak tlg panggilkan org oku yg selalu urut kt hospital.. abah cakap kaki kanan abah lenguh.. mak ckp "mai na urut, na urut pun sedap " abah ckp "hemm sedapp" senyum lagi abh.. abah mg kerap senyum mlm tu.. lepas tu, sambil mak urut.. selesai smbhyg sal duduk d sebelah abah..sal tanya abah nak susu ka?abah ckp nak.. sal bagi minum.. abah gtw sal telinga abah xbrpa dengar, mata kelam.. sal pun mintk abah tdur..

sebelum tdur abah ckp sejuk.. sal pun pegang tangan abah , usap2 bagi hilang panas.. mak dah ngntuk.. mak pun tdur. sal selimutkan abah, pegang kaki abah, tutup aircond pun abah sejuk lagi.. abah tanya sal skg pukul brpa, sal ckp 11.45.. abah sambung tidur.. sepatutnya sal balik pukul 12 mlm.. tapi xsampai hati tinggal abah.. msa kak call nak mai ambik sal, sal ckp kat kak, sal xmau balik, sal cerita semuanya perangai pelik abah kat kak.. terutama pasal azan tu.. jadi kak pun ckp xpa la, sahur esk kak ambik sal..

sepanjang abah tdur  sal ada bacakan alquran, suruh almulk, dan paling sal ingt sal bacakan "Innasolati wanusuki wamayahyati lillahirobbil'lamin" sesungguhnya sembahyangku, ibadatku hidupku dan matiku kerana Allah Ta'ala.. sal baca ulang banyak kali.. mungkin Allah sengaja gerakkan hati sal kot... ada jgk sal terlelap 5 minit.. tp bangun, abah masih tdur, sambil pakai oksigen.. sal pegang tngan abh.. mg sejuk.. abah tdur nyenyak sgt.. selalunya abah akan terjaga juga buka mta.. tp mlm tu lgsg x bngun.. sal pun pikiaq, mungkin abah letih sb siang xtdur kot.. sampai la kak call nak mai.. sal kejutkan mak, gtau kak dh otw mai ambik, masa tu 4.30 pagi..


mak bangun tgk2 kan abah.. sal pun ajak mak tukarkan pempes abah.. ada kejut abah ckp nak tukarkan pempes.. tp abah diam, masih pakai oksigen.. sal ckp abah ngntuk sgt kot mak.. mak pun bukakan seluar abah, dan bila kejut lagi mntk abah angktkan kaki, xda respond.. sal tmparkan pipi abah pun xdak respond.. mak pun cpt2 tukarkan pempes trus panggil dktr, sal try jgk letakkan air d muka abah, tp xdak respond.. abah mg mcm org tidur, masih bernafas, tangan duduk dlm selimut pun elok ja.. bila panggil dktr , sal dan mak trpaksa tggu d luar bilik.. kak pun call ckp dh sampai, sal pun cerita la dkt kak.. kak pun trus kalut naik atas.. bermula dari situ la, kami x senang duduk, nak sahur pun xda selera. dlm 5.40 dktr kluar ckp "  smlm last cek mg keadaan dia drh semua elok.. mungkin ia jadi secara tiba2 dalam tidur..saya dh masukkan ubat pun tp still x sedar..sekarang tekanan darah menurun 83/54, jadi trpaksa la kami menggunakan mesin pernafasan..".. dummm 

habis ja ayat tu, bercucuran air mata.. abahhh.. semoga kuat ya.. sementara menunggu doktr , kami smbhyg subuh dn bacakan yasin.. sal dh call kakak yg lagi sorg suruh datang, keja pun sal mintk cuti lagi.. alhamdulillah semua pihak memahami..

selepas itu, dktr datang panggil mak, rupanya abah dlm keadaan koma skrg, tekanan darah makin menurun, dengupan nadi pada mesin pun kejap naik kejap turun, abah kaku ja atas katil, dktr pun mntk kami bersedi dgn sebarang kemungkinan.. MasyaAllah, besar sungguh ujian MU ke atas kami.. xhenti2 kami mengucapkan lafaz syahadah di telinga abah, berselang seli bacaan yasin yg xpernah putus, keadaan berlarutan sampai jam 12 lebih, sal pegang nadi abah d bahagian bahu.. abah kurus, nadinya senang nak rasa.. mg masih ada denyutan nadi.. sal dapat rasa denyutan tu makin slow, sal ckp kt abg ipar sal, nadi abah makin slow, abg ipar sal tgk kt mesin mmg makin menurun, td 100 lebih skrg 99 98, sal dh makin risau.. semua anak2 dan mak masih di sisi abah, "Allah! Allah! Allah".. xpernah putus... 

98 97 96 95 ...........54, sal trus p panggil dktr, dktr ckp kami xblh buat apa2, semua kami dh buat, tekanan drh pun kami dh maximumkan.. ya Allah, sabar abah.. tnpa putus "Allah! Allah! Allah!" air mata abah keluar, semua sedar.. bebola mata abah bergerak,.. air mata  abah keluar lagi..  
                                                       54 53 52........ 24 23 22 20 18....

10 

9

 8 








1

 abahhhhhhhhhhhhhhhhh!

Ya Allah.. pertama kalinya hal begini trjadi di depan mata sal.. lemah segala lutut, adik tempat mak berpaut.. saat tu hati bagai disiat, senyuman abah semalam silih berganti.. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami.



" daripada tanah kamu dijadikan, kepada tanah juga kamu dikembalikan, 
dan daripada tanah juga kamu akan aku bangkitkan"

1.12 pm..Kembalilah abah kpd Pemiliknya, sedangkan kami hanyalah meminjam kasih sayang.. Ya Allah, aku redha dengan seredha redhanya.. 

Siapa sangka AZAN yg sal laungkan semalam adalah azan terakhir utk abah..

betul cakap kak :

16/07 bersamaan 18 ramadhan perginya abah mengadap Ilahi..Sungguh indah pmergian abah ari nie..hadirnya angin sepoi2 bahasa serta dilimpahi ujan renyai2 dlm 10 minit membasahi pusara slps talkin slesai dibaca..tetiba muncul pula pelangi..Ya Allah indahnya cuaca itu..ia seolah2 memberi rahmat dan menyambut mesra kedatangan abah di sana..Syukurlah pemergian abah di bulan mulia ini..moga abah tenang dan ditempatkan di kalangan yg beriman..kami anak branak bangga mnjadi anak abah..doa km moga kita semua bertemu semula di jannah..doa kami sentiasa mengiringi abah..kami SAYANG abah di dunia n akhirat!!!  amin ya rabbal alamin.

Jika itu penanda bahawa Allah menerima abah dgn sebaik2 amalan, kami juga telah redha kepergian abah.. Abah, angin itu sayu, hujan itu rahmat, dan pelangi itu menghiasi pusara saat kami melangkah meninggalkan abah.. Tenanglah disana.. Semoga abah d tempatkan bersama org2 Beriman.. aminn

Sal buka buku amanat abah, bertarikh 15/6/2014- 15/7/2014 abah dah diantara dua alam.. 16/6/2014 abah menghembuskan nafasnya yg terakhir.. cukup sebulan amanat abah utk anak2.. seolah2 abah mengetahui tarikh tu abah akan tinggalkan kami.. segala amanat diberikan, baik utk dunia malah d akhirat.. 3page amanat abah utk anak2 tersayang dan isteri tercinta..

Antara pesanan abah:-

1- kita kalau kejar dunia, dunia akan lari. Tapi kalau kita merangkak mencari akhirat, ia akan berjalan mai dkt kita, kalau kita berjalan cari akhirat, ia akan berlari mai kt kita , dan kalau kita berlari mencari akhirat, sepantas kilat ia akan dtg dkt kita.. sb ia akan kekal selamanya

2- biar org sekeliling xpandang kita, xsanjung kita.. tapi usaha lah buat bagi Allah angkat dan sanjung kita.


3-idamlah dan sentiasalah berdoa agar mati dlm keadaan husnul khatimah, sb itulah sebaik2 kematian..antaranya, mati dlm smbhyg, mati dlm tidur.. dan saat kematiannya, tgklah peluh di dahinya, air matanya mengalir dan bibirnya kering.. itulah sebaik2 kematian.

4-usahalah jumpa abah d sana, teruskan apa yg abah dh ajar.. zikir sehari 30 pun xpa, lama2 ia akan lekukkan hati kita, InsyaAllah, bila sampai hati kita dh lekuk, kita sembang pun, hati kita akan zikir kat allah.

5-Jadilah ratu subuh.. hidupkan subuh dgn solat sunat subuh.. InsyaAllah, dia akan dimurahkan rezeki oleh Allah.. 


itulah antara pesan2 yg abah sal pesan 2 3 minggu sebelum menghembuskan nafas.. Abah, fizikalnya xmenggambarkan rohaninya.. Sunat Tahajud di mlm hari, sunat dhuha selepas p ke bendang, dan sunat sajaddah d pagi Jumaat.. Mengetuai bacaan yasin d mlm Jumaat.. 

hilangnya idola sal.. membuatkan kami anak beranak sebak bila terpaksa baca yasin mlm Jumaat tanpa Abah,alhamdulillah kami adik beradik sama2 jagakan Mak.. Dan setiap kali terdengar AZAN, sal akan teringatkan saat sal azankan utk abah.. dulu abah iqomatkan utk sal, tp saat terakhir abah, sal pula yg azankan.. Perancangan MU hebat Ya Rabbi... 

Pemergian abah sgt memberi kesan kpd kami.. Sungguh, hasrat arwah tercapai utk pergi dlm bulan Ramdhan. Kematian telah memutuskan Arwah dengan kehidupan. Arwah pergi dgn amalannya sendiri, sentiasa berjaga mlm, berzikir kpd Allah yg Satu.. Arwah telah buktikan bahawa dgn memanjakan anak2 dpt membuatkan anak2 lebih berdikar dan taat kpd kedua ibu bapa.. Xpernah abah rotankan kami, segala kemarahan diluahkan dlm bentuk nasihat dan belaian.. Pemergian arwah membuatkan kita sedar tentang hakikat kematian dan persediaannya.. Bagaimana pula amalan kita kelak??


Sal harap dengan perkongsian ini dapatlah kita sama2 mengubah hidup kita.. Alhamdulillah, sal harap dapatlah pahala buat kita dengan perkongsian kisah ini.. Jadikan mati dlm keadaan husnul khatimah itu sbg cita2 kita.. Allah tidak akan mengecewakan hamba yg selalu meminta kpdNYa..


ALLAH HU AKHBAR!



Jumaat, 27 Jun 2014

PART 2- PRAY 4MY FATHER

Assalamu'alaikum buat semua yg membaca. untuk beberapa seketika sal sangat busy, uruskan hal diri yg serba kekurangan, uruskan urusan dunia yg xpernah habis, dan uruskan hal Abah yg paling sal sayang.

sedihnya bila sal terpaksa tengok keadaan Abah sekarang. Nampak fizikal seperti kuat, tapi hati sal meronta2 menangis.. puas sal pujuk hati, puas sal tahan sebak depan abah, puas sal berlakon kononnya happy sepanjang masa.. Hanya Allah Maha Mengetahui. 

Kalau ada yg terbaca sebelum ni, sal ada update blog tentang Abah sal pada 23 April (Pray 4My Father).
Sal dah luahkan segalanya. bermula dari abah start sakit.

8 Jun yg lepas Abah sal terpaksa ditahan di ward selama 10 hari, baru ja discaj 17 Jun.

balik ja dari hospital, keadaan abah makin lemah.. dah xlarat nak bangun, sembahyang pun duduk.. 
kalau dulu abah tidur dalam bilik, tapi skrg tempat abah di ruang tamu.. Tilam, bantal, ubat berbekas-bekas, air, tong buang air.. ruang itu seolah2 menggantikan katil di ward.. 

selera makan terus hilang, hanya buah mengisi perut, dan susu. kurus sangat badan Abah. makin hari suara abah makin xdak.. abah dh jarang cakap. 

entah kenapa tiba2 sal menangis dalam toilet. sal takut tengok keadaan Abah. Fizikal abah dah macam arwah tokwan sal(ayah kandung abah). suara abah berubah serak sama macam suara arwah tokwan sal masa sakit. dan sakit abah, sama mcm sakit wan.. penat, sakit dada.. cumanya sekarang abah mengalami cronic lung and liver .

ubat kampung pun dah cuba makan, petua sana sini dah ikut.. itulah yg dikatakan Qado' dan Qodar. Ketentuan Illahi. Manusia hanya merancang.

abah hanya duduk baring. dah xjalan.. bila abah ada benda nak gtau, abah akan call anak2 walaupun duduk satu rumah.. sebabnya abah dah xmampu nak panggil kami semua,.

pernah suatu pagi, sebelum sal pergi kerja. sal bawa air teh dan roti untuk abah breakfast..sal berjalan dan nampak abah nak bangun duduk, tapi tangan abah terkehel, dan abah terbaring balik. sal xsempat nak tolong sb tgah pegang air.. abah trus pukul peha sambil marah, abah lap mata. sal tau abah menangis. sal tekedu, sal tolong abh duduk, dalam keadaan suara yg serak abah cakap " Abah dah xlarat macam dulu" . kali nie, sal terus menangis depan abah, dah xdapat nak bendung lagi. abah pegang tangan sal kuat. lepas tu mak datang. sal bagi abah minum dan trus p keja.. 

Mak.. seorang isteri dan ibu yg terhebat. sanggup ketepikan kesihatan diri semata2 utk menjaga suami yg disayangi. Malam mak tidur d ruang tamu sebelah abah, bila anak2 nak teman, mak xbagi. mak cakap anak dara kena tidur dalam bilik.. sal tau, tu hanya alasan mak sb nak bagi anak2 tidur dalam keadaan yg sempurna.

15 June semasa di hospital, masa tu turn sal temankan abah.. abah mintk sal tulis beberapa Amanat. Amanat tu hanya Sal dan Mak ja yg tau, sb hnya sal yg xkawin lagi. dan Amanat tu akan diberitahu kpd keluarga bila sampai masanya nnt.. Sal simpan elok2.. Sal jaga Amanat tu mcm nyawa.

Sejak abah discaj, rumah sal sentiasa ada tetamu.. Kawan abah, jauh dan dekat ramai yg datang. Mahfuz kawasan pokok sena pun ada datang memberi sedikit sumbangan dan kata2 semangat. 

abah.. hari ni abah di bawa ke PMC disebabkan muntah, demam yg berterusan.. susut sangat badan abah, nampak tulang2 di badan.. hari ni abg ipar yg tolong pakaikan seluar untuk abah, Sal dgn mak pimpin abah mandi atas kerusi.. dah byk hari abah xmandi, hanya lap ja.. rindu sgt abah yg dulu.. 

dulu sal bangun ja pagi, akan dengar suara abah mengaji, xpun sembang di dapur dengan mak. tapi skg bangun pagi, hanya nampak mak ja di dapur, abah masih tidur d depan.
dulu balik rumah, sal akan nampak abah makan di meja, xpun baru balik ambik adik sekolah.. tapi sekarang abah dah xdak di meja.. sal akan p depan cari abah utk salam. abah akan senyum tgk sal balik, abah masih baring smbil tgk tv.. kadang2 tv akan tgk abah.. abah kerap tidur skg.. dah jarang nak duduk sembang macam dulu2.. kadang2 sari sal xdgr suara abah. 

pernah suatu hari tu abah menangis, sambil doa dpn anak2 " Ya Allah, kenapa aku xlarat sangat skg.. kalau itu terbaik untukMU, kau ambiklah nyawa ku Ya Allah" . sal sebak, sal tau abah pun xsanggup rasa sakit lemah mcm tu.. sampai doa dpn anak2..

hari ni, abah kena tahan lagi d wad.. MAAFkan kami semua abah :(

abah xnak p sebenarnya, abah takut nnt cucuk sana sini.. apa daya kami, xsanggup sgt tgk keadaan abh d rumah.. kami makan, abah tidur. keadaan abah lemah tanpa air dlm badan.. abah xdak tenaga.. kami paksa sb syg abah.. sekurangnya di sana dokter akan tambahkan air dlm badan abah..

abah terpaksa akur.. maafkan kami abah.. kami terlalu syg abah.. rindu sgt nak dgq suara abah ..

sal tau, ramai di luar sana yg lagi sedih dari sal.. tapi ia sekadar perkongsiaan.. perkongsiaan masalah sal.. sal mohon semua mendoakan keadaan abah sal, semoga abah kembali sembuh


abah, anak2 abah terlalu rindukan abah.. Ya Allah, kami semua xkuat. lemah sangat tgk keadaan Abah.. Kembalikan Abah kami yg dulu Ya Allah.. Aku mohonnnn 


 * orang cakap, nanti tua muka kita akan sama mcm parents kita.. ya! ramai yg datang melawat abah cakap, abah nampak mcm arwah tokwan.. dari percakapan, jalan, dan muka.. myb sb abah dh kurus sekarang.. bila tgk abah skrg, nampak ja muka tokwan masa sakit.. lemahnya hati kami, entah bila air mata nie akan kering.. Mak, sabar ya.. untung abah dapat isteri sehebat mak *

>ciumlah pipi ayah kalian, sepertimana mereka mencium pipi gebu kalian masa kecik2 dulu..<




Isnin, 26 Mei 2014

STORY : IZINKAN AKU PERGI


Tajuk : IZINKAN AKU PERGI .

*Di kedai makan*
Lisa : ish manalah si mangkuk ayun nih . dah dekat setengah jam aku tunggu .

*Tetibe*

Shafiq : hai kesayangan *kenyit mata*
Lisa : kesayangan otak kau . Asal lambat ?
Shafiq : alah jangan lah marah . traffic jam doh .
Lisa : tak habes habes alasan sme jer . kalau janji pukul 2 , 2.40 bru smpai . sakit hati aku .
Shafiq : hmm sorry lah . yerlaa aku janji lepas nih tak buat lagi . lepasnih kalau janji pukul 2 , 1.50 aku dh smpai
Lisa : huh -.-
Shafiq : jangan lah marah . tak sayang aku eh ? *buat muke kesian*
Lisa : haha kelakar doh muke kau . yerlaa aku tak marah .* tolak pipi shafiq* haha xD
Shafiq : hah macam tulah sayang aku *cubit hidung lisa* eh esok lepak pantai jom ?
Lisa : okey cun ! pukul 3 kita jumpa .
*Besoknya*
Lisa : eh awalnya kau sampai ?
Shafiq : berubah demi orang tersayang . hehe
Lisa : tersayang lah sangat . hahaha .
Shafiq : weyh jom main air ?
Lisa : tak nak lah malas .
Shafiq : alahai macam lah tak biasa .
Lisa : yerla yerlaa .
Shafiq : *termenung* *berkata dalam hati : ya allah cantiknya kau lisa . aku takut nak luahkan , aku takut nanti kau berubah :"(*
Lisa : Shafiq !!!
Shafiq : *terkejut* apee ?
Lisa : hah amik nihh *percik air*
Shafiq : kuajak . tunggu kauu
*Bermula lah aksi kejar mengejar antara mereka berdua*
Shafiq : akhirnya dapat jugak aku tngkap ! hahaha
Lisa : ishh lepaslahh . nanti orang tengok maluu -.-
Shafiq : hahahaha biarlah orang tengok . yerla yerla aku lepaskan .
Lisa : aishh jom duduk .

*Setelah duduk*

Shafiq : cantikkan pantai nih ? sama cantik macam orang sebelah aku nih .
Lisa : haha ade ade jer kau nih .
Shafiq : aku cakap bende betul .
Lisa : hahaha yerla
Shafiq : weyh kau sayang aku tak ?
Lisa : kau dah kenape tanya soalan macam nih
Shafiq : jawab jerla .
Lisa : yer . aku sayang kauu
*Tetibe*
Shafiq : *melutut hulur cincin* sudi kah awak menjadi teman hidup saya ?
Lisa : *tersenyum dan menitis air mata* yer sudi :") .
Shafiq : Alhamdulillah . sebenarnya inilah tujuan saya ajak awak ke sini .
lisa : thanks sayang :")

*3 tahun berlalu dengan begitu cepat* hubungan mereka pon semakin banyak dugaan yang datang .*

Shafiq : mama ! shafiq tak nak dengan shira tuh ! Shafiq cintakan lisa ! hanya lisa !
mak Shafiq : shafiq ! jangan melawan cakap mama ! ikut cakap mama ! jangan degil !.
Shafiq : mama tolong lah . shafiq sayangkan lisa.
Mama : mama tak kira ! minggu depan kamu tunang dengan shira ! sama ade kamu suka ataupun tidak tetap jugak . dan mama nak kamu putus dengan Lisa !
Shafiq : no ! tak bole :"(
Mama : I don't care . kalau kamu tak putuskan lisa , kamu tengoklah ape yang jadi nanti . *Terus masuk bilik*
Shafiq : *terduduk* ya allah apekah dugaan mu :") lisa , maafkan aku :"(

*Malam*

Shafiq : *call lisa* Hello , esok saya ade hal penting nak bincang .
Lisa : okey , kat mana ?
Shafiq : Pantai .
Lisa : okey .

*Besoknya* *di pantai*

Shafiq : awak sihat ?
Lisa : sihat Alhamdulillah .
Shafiq : ouh baguslah . sebenarnya tujuan saya datang sini nak putuskan hubungan kita .
Lisa : hah ? kenape nih awak ? tetibe jer macam nihh ?
Shafiq : aku akan bertunang minggu depan .
Lisa : abes saya nih sapa bagi awak ? awak menduakan saya ?
Shafiq : menduakan atau tidak bukan urusan kau . jaga diri . Assalamualaikum .
Lisa : *terduduk dan menangis* *berkata dalam hati : ya allah , aku cinta dan sayangkan kau shafiq :"( napa kau buat aku macam nihh :"( ya allah kuatkanlah hambamu ini .*
Shafiq : *didalam kereta memerhatikan lisa dari jauh . berkata dalam hati : maafkan saya :"( semua nih demi keselamatan awak :"( sumpah saya sayang awak lisa :"/ *nangis*
*Tepat pada hari pertunangan Shafiq*

Ila : weyh dah lah jangan nangis . sabar lah .
Lisa : Shafiq orang yang paling akuu sayang :") dia kekasih , abang , sahabat aku :") harini dia bertunang dan bakal jadi milik orang . :"(
Ila : sebab itu kau kene move on :")
Lisa : dia cinta terakhir aku :") aku nak tunggu dia .
Ila : dah lah . luar sana ramai better dari shafiq . eh lisa , kau okey tak nih ? dari tadi muka macam tahan sakit jer .
Lisa : takdela aku okey jer . Cume pening sikit :")
*Tetibe lisa pengsan * *Dia terus di bawa ke hospital* *Di hospital*
Ila : ya allah kenape selama nih kau rahsia kan penyakit kau nih ? :"(
Lisa : aku tak nak sape sape risauu :")
Ila : dah dah aku nak pergi bagithu shafiq .
Lisa : jangan ! aku tak nak dia risaukan aku . harini majlis pertunangan dia :") biarlaa jadi rahsia antara kita berdua . aku nak dia bahagia . bila dia bahagia aku pon bahagia :")
Ila : kau nih terlalu baik lah lisa :")

*5 bulan selepas itu*

Shafiq : Ila !
Ila : eh shafiq .
Shafiq : kau ape khabar ?
Ila : baik jer . by the way esok kau kahwinkan ? tahniah bro .
Shafiq : thanks hmm lisa mana wey ? aku rindu dia .
Ila : sebenarnya lisa .....
Shafiq : lisa ape wey ?
Ila : lisa dah 4 bulan terlantar kat hospital semnejak kau tunang .
Shafiq : asal aku tak tahu ? ya allah dia sakit ape ?
Ila : dia tak bagi aku bagitahu . dia tak nak kah batalkan majlis perkahwinan kau . dia kanser otak tahap 4 :") dia dah tak lama . dia dah nazak :") melawat lah dia buat kali terakhir .
Shafiq : Astaghfirrullahalazim . jom pergi sekarang ! 


*Di hospital*

Ila : lisa sayang , harini ade pelawat istimewa nak tengok kau :")
Shafiq : Assalamualaikum :")
Lisa : *pandang ke arah shafiq* *menitis air matanya kerana dia tak sangka orang yang dia paling sayang akhirnya melawat dia :"(*
Shafiq : *pegang tangan lisa* kenape awak tak cakap kat saya selama nih awak sakit . awak saya mintak maaf sebab lukakan awak dulu . saya tak berniat macam tuhh :"( *pegang tangan lisa sekuatnya dan menangis*
Lisa : *tunjuk ke arah laci kerana dia sudah tidak berdaya nak bercakap*
Shafiq : *memandang ke arah yang ditunjukkan* tedapat satu surat * dia membacanya sambil memegang erat tangan lisa

* Assalamualaikum awak , saya dah lama maafkan awak . saya sakit dah lama cuma saya pura pura sihat depan awak sebab tak nak awak risau . awak , awaklah cinta pertama dan terakhir saya . hari hari saya tunggu awak datang melawat saya tapi takde pon . akhirnya kini awak melawat jugak saya . gembira nya saya tidak terucap . maaflah saya dah tak berdaya nak bercakap :") saya suruh ila rahsiakan sebab tak nak awak batalkan perkahwinan awak . awak , esok awak kahwinkan ? teruskan perkahwinan awak tau . maaf saya tak dapat hadir . semoga bahagia dan dapat anak cucu dan cicit yang comel comel macam awak :") saya tahu mama awak buat semua nih ade hikmahnya . ini semua ketentuan takdir . jadi sudah pastilah awak bukan pemilik tulang rusuk kiri saya :") hari hari saya bertahan untuk hidup sebab nak tengok awak buat kali terakhir :") saya nak sangat pergi selamanya depan mata awak , kini saya boleh pergi :") awak kene ingat saya selalu cinta dan sayangkan awak . Sekarang , saya minta izin untuk pergi yer ? :") * pandang muka lisa*

Lisa : *mengangguk dan tersenyum sambil berlinangan air mata memberi makna supaya shafiq izinkannya pergi *
Shafiq : bertahan lisaa . saya sayangkan awak , jangan tinggalkan saya :"(
ila : mengucap lisa :")
Lisa : *mengucap**dan matanya terus tertutup rapat*
Shafiq : *peluk lisa dan menangis* lisaaaaaaa :"(
*Kini sudah tercapai permintaan lisa untuk pergi selamanya didepan shafiq :")*
TAMAT
 — feeling sad.



Rabu, 23 April 2014

PRAY 4 MY FATHER

Assalamualaikum.. 

Subhanallah, sungguh indah ciptaanMu
Alhamdulillah, segala puji kepadaMu atas rezeki yg engkau berikan kpd kami.
Allah hu akhbar..  Hanya engkau berkuasa ke atas setiap hambaMu.
Astaghfirullah hal'azimmm.. Ya allah ampunkan dosa2 kami..


Assalamualaikum  semua..ni gambar abah aku yg d snap curi2 ptg td.. kabur sb pinjam fon mak , fon aku betri habis.. bukan niat menangih simpati, tapi aku menadah tangan menagih doa kalian.
RABU 16/4 abah aku demam, batuk2, sakit tekak..tapi ingatkan sekarang musim demam.. jadi hanya berbekalkan ubat demam dari farmasi tanpa pemeriksaan suhu badan.
KHAMIS 17/4 keadaan sama juga.. hilang terus selera makan.. badan still panas, batuk kahak, mula mengadu sakit dada.. tapi masih mampu kluaq p tengok bendang.. ish abah abah.. balik bendang trus minta pimpin nak rehat.. paksa p hospital, tapi tolak bersungguh2.. pertama kalinya aku tgk abah aku sembahyang sambil duduk.. sebakk
JUMAAT 18/4 ponteng smbhyang jumaat..keadaan sama juga. tanpa sebiji nasi pun yg masuk.. mak aku mula rebus daun akar kayu dgn air kelapa muda buat penawar.. alhamdulillah malam tu badan xpanas sgt..
SABTU 19/4 malam tu abah aku nak tdoq dpn tv ngn mak aku.. sb dia xngntuk.. jadi nak tgk tv katanya..di rumah hnya tinggal aku mak abah dan fitri.. kak not balik umah mertua mlm sabtu hari jumaat sb tgk abah aku dh xpanas.kak yah siang ja dia mai, lepas isyak balik urus rumh tangga.. pkul 2pagi abah aku sesak nafas, muntah.. bila dengar mak aku suruh call kak yah aku, abah aku tahan, xbg call.. dia cakap xdak apa.. demam sikit ja.. padahal tangan xberenti urut dada.. nasib sesak nafas dlm 10minit ja.
AHAD 20/3 kak yah call suruh balik keja awal dlm pkul 12.15 sb nak ajak teman p hospital.. abah aku sesak nafas lagi,. sampai d hospital masuk zon merah.. lpas mgrib masuk zon kuning pula sb kata dokter dh stabil sikit.. hanya kak yah aku teman abah kt dalam..kak not pun dh sampai. yg lain xbleh masuk.. pkul 9lebih kak yah msg ckp abah hantaq zon merah pula sb sesak nafas.. kami yg d luaq dh berlenang aiq mata.. sb sblum ni abh aku xpenah penat . disebabkan anak dia meragam, kak yah trpaksa balik dgn suami dia, fitri pula skolah, jadi kak not balik umah dgn suami dia bwk fitri balik tdoq.. aku teman mak aku d hospital, sb mak aku xmau balik. 
aku selang2 dgn mak aku masuk p tgk abah aku.. dlm pkul 3pagi time aku teman, abh aku sesak nafas lagi, doktr ckp oksgen dia low.. aku dminta tggu kt luaq.. mak aku dah terlena atas krusi.. pkul 4lbih doktr pggil..
kptusan darah dgn pemeriksaan dari siang tadi, didapati paru2 abah aku ada jangkitan kuman, hati ada kesan bengkak, dan asma... ya allah, lemah aku.. lpas subuh baru gtw mak aku.. sebak! aku pun buat proses daftar wad dan urus abah aku, sb kena pkai pempes. trpaksa pinjam pempes pesakit lain.. sb kdai xbuka lgi. sampai pkul 8 baru balik rumah tukaq jaga dgn kak not.. keja pun msuk lwat 9lebih.. nak mc ksian kt cikgu sorg lagi nak urus budak aku 19org.. p jgk keja sampai tertdoq. ada terdgaq budak2 ckp "cikgu tdoq".. (aku mula tringat gmbaq p.ramle> hari2 cikgu tdur!) alahai budak2, hilang sat stress aku.

hari ni, hari ketiga abah aku di wad.. alhamdulillah, nampak segaq dah.. dah lalu makan sikit, pempes pun xpkai dah sb dh kuat jalan.. cumanya mlm ni aku xteman, sb esk keja.. abah aku kena posa sb esk nak scan hati, dan nk tgk serius ka bengkak hati tu..
abah aku ckp tadi "mintak2 sempat la abh p mekah ngn mak nanti" ya allah makbulkan doa abahku.. 
Visa dh buat nama pun dh naik, alhamdulillah bulan 6 ni mak abh aku akan ke mekah.. sb tu abah aku risau takut xsempat.

tolong doakan semoga abah aku sembuh, dan xdak penyakit serius..





abah.. cepat sembuh yer..
abah.. kami rindu abah
abah.. kami sayang abah
abah.. semoga Allah permudahkan rancangan kita..
abahhhhhhhhhh :'(
cepat balik rumah na emm

YA ALLAH makbulkan doa kami.. aminnnnn