Cute Pink Kaoani

Sabtu, 25 Oktober 2014

saya happy lg!


20/10/14
Date dgn buah hati..waahhhh dlm hati ada taman katakan..tp rasanya taman tu dh penuh dgn bunga2 kot hahaha..
Padahal baru ja dia datang raya haji ari tu..

Dia langsung xberubah.. Romantiknya, sweetnya still sama..

Cinta tu aneh kan. Senyum sorg2 tu perkara biasa. Gaduh2 tu normal. Merajuk jelous tu semua kn tanda sayang.

Tq awak sb sudi tunggu saya.. :)

Ok btw thanks mak sudi bagi anakmu ni dating..

#kali ni xada gambo.

Jumaat, 17 Oktober 2014

MimPi Pelik!


A beautiful Friday . 
Jam handset berbunyi menandakan sudah pukul 6.00 pagi.. Jam tu Sal dismiss kan dan kemudian sambung tidur.. Memandangkan hari ni off day, terasa malas pula nak bangun awal untuk solat. 
Mata dipejam! cuba mencari balik keenakkan tidur dan keempukkan tilam. Pusing kiri pusing kanan. Terngiang-ngiang pesan Arwah Abah. 

" Kalau dah terjaga kena terus bangun p basuh muka, baru tak mengantuk.. Kena lawan sikit.. Lepas sembahyang sambung la tidur balik".

hmm xjadi tidur macam ni.. So Sal terus bangun ke toilet.. Subhanallah sejuknya air paip ni.. mungkin faktor hujan semalam. Selesai membasuh muka gosok gigi dan berwuduk, Sal terus menyarungkan telekung. Terdengar pintu bilik mak dan kakak keluar untuk ambil wuduk rasanya. selepas solat sunat subuh dan diikuti solat subuh, Sal termenung seketika.. Teringatkan Arwah Abah. 

Hari ni dah 95hari abah pergi kepada Maha Pencipta. Selalunya pagi jumaat abah akan imamkan kami sembahyang solat sunat Sajaddah. Selepas sembahyang Sal dan kakak mesti sambung tidur..tp terdengar suara abah baca alquran.. bila kami bangun pukul 9, abah dah xdak pergi ke bendang.. atas meja akan ada nasi lemak.. kadang2 abah dgn Mak akan ajak kami sarapan d kedai.. memandangkan kami ni jenis yg memang suka tidur pagi kami suruh abah beli bungkus.. tapi terkadang rajin ikut juga abah sarapan di luar.. best hirup udara segar pagi2 

Tapi sekarang berbeza.Saat tu xboleh nak putar balik 

TAP! 


Lamunan Sal terus terhenti. Sebak lagi.. Ntah bila air mata ni akan kering kan .. 

Selesai berdoa,Sal rajinkan diri membaca Alquran. Dah masuk Juzuk yg 21, lagi 9 juzuk nak habis .. Sebab Abah mintak Sal dan kakak2 tolong sedekahkan bacaan Alquran bila Abah xdak.. Alhamdulillah, dan Insyaallah semoga apa yang kami baca akan sampai kepada Abah.. amin.

Sebenarnya bukan tu yg Sal nak sampaikan, tapi sedikit pengalaman yg Sal nak share.

Ok. Orang cakap mimpi tu mainan tidur kan? Ya . Memang, Sal akui. Tapi kadang-kadang mimpi sebenarnya petunjuk untuk kita.. Sal sebenarnya terpikir perlu ka Sal rujuk kepada seseorang berkaitan mimpi Sal ni, atau pun Sal perlu diam ja?

Nak tanya, tapi xtau sebenarnya nak tanya sapa. Nak bercerita pula, nak bercerita kat sapa? Nt org ckp" alah mimpi ja tu, xdak apa pun"
tu la masalah Sal.. Memang asyik -ve ja.. Aduh.

So, other solution Sal luahkan dlm blog ni.. at least kalau ada siapa2 yg terbaca my blog ni boleh la bagi sedikit nasihat or share something yg diorang tau kan..

ok, berbalik kepada mimpi Sal.. Sal pernah dua kali mimpi dimana sal duduk beribadat dalam sebuah Masjid yg indahhhh sangat.. Semua peralatan , ukiran masjid warna putih.. Cantik yg teramat, besar luas, xtau macam mana Sal nak gambarkan.. kalau la boleh print screen gambar masjid dlm mimpi tu mesti korang semua akan cakap Subhanallah jgk.. mimpi ni sebenarnya dah lama.. tapi disebabkan sal asyik teringat mimpi tu, buatkan Sal xsenang duduk.. Ya la, dua kali mimpi yg sama ..


Selang beberapa bulan mimpi tu, Sal dapat offer yg xpernah Sal sangka2 .. Ya Allah! Menangis , terharu terus..  tapi Sal menangis masa dalam bilik ja.. malu la nak tunjuk rasa terharu yg amat tu depan famly yg lain hihihi.. Memang rasa jari2 Sal sejuk, tiap kali solat Sal ucap syukur sgt2 dkt Allah.. Lepas tu Sal mula manipulate kan ganjaran tu dgn mimpi Sal yg sebelum ni.. Mungkin ni kot petunjuk and petanda tentang mimpi Masjid yg indah tu kan? kalau betul, Alhamdulillah sgt2.. Xsabar pula rasanya..
Tapi korang semua mesti nak tahu  apa offer and ganjaran d sebalik mimpi tu kan??

Sabar. Sabar. Tunggu masanya datang Sal akan bagi tau.. Lagi 2bulan ok, Insyaallah. Doakan semoga segalanya berjalan lancar  :)


Satu lagi mimpi yg Sal dapat dan xboleh Sal nak lupa macam tu ja.. mimpi ni baru lagi, 2Hari sebelum kita sambut Hari Raya Aidil Adha.. Siang tu kak Sal ada bagi tau, hari ni hari Arafah.. Strt pukul 5.30 sampai 11malam waktu Malaysia doa yg kita minta InsyaAllah akan dimakbulkan Allah.. Wallahhualam.. As a Muslim Sal percaya , apa salahnya kita doa lebih sikit.. macam kita mencari Malam lailatulQodar..

Alkisahnya, mimpi tu macam ni :-  




(di halaman rumah)
Sal           : kak yah tgk kt langit tu , ada awan bentuk tapak kaki orang berjalan la.
Kak not    : ha la tapak kaki tu p mana?
Kak yah   : hari ni hari Arafah, sunat berpuasa, org ckp kalau mintak doa ,doa tu makbul                    sb pintu2 langit, pintu syurga terbuka.

*oo maknanya tapak kaki tu p ke pintu syurga la ya*

Org Kampung 1   : cepat2 masuk dalam rumah Abah hampa tengah nazak
*kami berlari masuk ke dalam rumah, ya Abah tgh nazak. ramai org kampung d sekeliling abah.. Tiba2 abah muntah*

Org kampung 1 : tgk air muntah ni, jernih, wangi.. Ni la air dari syurga. Subhanallah.

*abah baring semula.. org sekeliling ajar abah mengucap.. Abah sebut Allahhh dan  Abah terus meninggal.. Kami bertiga menangis disisi Abah*

org kampung 2 : Innalillah. ni anak dia nama apa? (sambil tunjuk kpd kak yah)
kak yah            : Nurul Umaiyyah
org kampung 2 : yg ni ?(sambil tunjuk kpd kak not)
Kak not             : Nur Sharifah
org Kampung 2 : hat ni? (tujukan kpd Sal)
Sal                    : Siti Salbiah
org kampung 2 : Haaa yg ni la Arwah selalu sebut sebut sebab rapat dgn dia..

ha! sal terus terjaga dari tidur.. Ya Allah. tu la kisahnya.. sampai ke hari ni Sal terpikirkan mimpi tu.. apa petandanya Air dari Syurga, tapak kaki berbentuk awan yg seolah2 org berjalan. dan kalau nama sal abah selalu sebut, adakah Sal akan pergi menemui Allah? . hati Sal seram sejuk.. bukan sal xnak mati, sedangkan sekarang pun sal dalam proses menyempurnakan apa yg sal xbuat sebelum ni.. cuma sal nakkan petunjuk.. Apa2 pun Sal bersedia.. mungkin sal org pertama dlm famly yg akan pergi Jumpa Allah dan Abah.. siapa tau kan? tu hanya Andaian Sal ja.. yg selebihnya Allah maha Mengetahui..

Mimpi yg sebelum ni mungkin Sal dah dapat petunjuk, boleh la Sal rasa lega sikit.. tapi mimpi ni pula yg bermain d fikiran Sal.. 

Sal cuma harapkan yg mimpi tu petunjuk bahawa Arwah Abah bersama2 Ahli syurga yg lain hendaknya.. Aminn..

* mimpi tu indah sgt. 
*tolong sedekahkan Alfatihah untuk arwah abah sal sama ye.. tq :)





Ahad, 5 Oktober 2014

ReZEki ^,^


Alhamdulillah syukur sgt.


Rezeki tu datang dari Allah.. betul ckp org, susah dahulu pendapatan, bersenang2 kemudian. Dulu kita susah org xpandang, kutuk belakang, buat keja nu salah keja ni salah.. ada ada ja mulut manusia.. Ha bila kita dah mula up dari satu ke satu, mula la  nak datang tanya petua, mula la xsenang duduk.. Aku jatuh bangun sendiri.. saat aku rebah, mintak manusia hulurkan tangan, tp xda pun yg sahut.. terkontang kanting sendiri cari jalan untuk bangkit, cari jalan nk tlg fmly, cari jln nak keraskan hati, nak pekakkan telinga.. Ni lah hasil sekarang..

Usaha, doa tawakal. Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah, jika niat kita betul xda yg mustahil kan?

dh penat nak throwback, kisah2 lama. Allahhu.. hati lebih tenang sekarang.


kejayaan keluarga yg bangkit dari kesusahan.

Semoga mereka-mereka tu dikurniakan taubat oleh Allah.

Semoga Allah terus lindungi kami, semoga rezeki ini Allah rahmati.. Semoga kami dijauhhi dari riak dan sombong. Amin.



THANK YOU ALLAH BLESSING OF MY FAMILY