Cute Pink Kaoani

Ahad, 12 Januari 2014

SALAM MAULIDURRASUL :)


 thats great! 
alhamdulillah, syukur sangat2.. kegembiraan tu dah berpihak kpd aku.. cumanya aku kadangkala lalai.. terus menghukum diri atas apa yg terjadi. walhal, Allah the best planner.. aku terluka atas sesuatu yg aku lepaskan, sedangkan aku dapat ganjaran atas apa yg aku xpernah impikan.. 



thanks GOD.. i luv u so muchhhh 
Allah hu Akbar!
salam Maulidurrasul, sebaik2 pemimpin.. Rasulullah S.A.W. 




Isnin, 30 Disember 2013

short summary-good bye 2013



BEN10, 
berpisah dengan kalian buat aku hidup dalam kemurungan. 
kalian! tolong kembalikan senyuman aku.

MY HEART, 
aku selongkar setiap kenangan untuk mengubat segala kesakitan. aku sabar menanti dalam keresahan.. tapi akhirnya, aku jatuh saat kau dalam kegembiraan. 

ATIFAH ISMAIL,
thanks syg, kamu sentiasa utuh memberi motivasi kpd ku dalam diam.




#
buat yg mengerti. aku tinggalkan 2013 dengan hati penuh gembira, agar 2014 mampu menghakis semua kedukaan.

welcome 2014


Isnin, 11 November 2013

im try to find a heaven




Aku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. semoga dipermudahkan segala urusan, semoga dijauhkan dari fitnah syaitan!

blog yg dah kusam. dah lama rasanya x jenggah.. banyak kisah yg nak dikongsi. jari jemari ligat di atas keyboard, setiap baris ayat lahir dari hati yg penuh ikhlas.. 

hampir separuh 50% siap . akhirnya button delete juga jadi sasaran.. 

sekelip mata. screen menjadi putih ! kembali pada asal.


biarkan ia jadi tanda tanya. biarkan ia jadi bahan mulut manusia. biarkan ia jadi topik bila berbicara.


INI KISAH AKU . INI CERITA AKU . INI PILIHAN AKU.


hati minta dihargai. hati minta disayangi. kadang2 aku benci punya perasaan! tapi aku salah..aku silap.. mengapa harus aku menolak ciptaan teragung Allah.. ??

Astaghfirullahal'azimmmm.. 

sebenarnya indah punya perasaan.. kadang2 senyum ,gembira bahagia. kadang2 sedih xingat dunia.. 

aku . kisah sebelum ini . kisah saat ini. kisah detik ini . yang kadang2 aku diam bila ditanya, kadang2 aku alihkan pandangan dari terus memanah mata mereka. menyembunyi apa yang aku rasa. hanya tersenyum bila berhadapan. berceloteh seperti biasa.. tanpa ada siapa menduga. mendungnya hati bila terus menyayangi.

sekarang.

Aku kurung hati dalam kotak bermangga besi
Memilih bayang-bayang buat temankan diri
Berlagak kuat kononnya mampu hidup sendiri
Sehingga mata berbengkak bila munculnya pagi.

Ada sebab mengapa aku memilih sendiri !
Ada sebab mengapa aku jauhkan diri !
Ada sebab mengapa aku hanya menjadi pemerhati !
Ada sebab mengapa rahsia hati hanya dikongsi dengan Illahi !



izinkan aku bangun muhasabah diri. izinkan aku bangkit perbetulkan kesalahan diri. izinkan aku menjauhkan diri untuk kita bertemu di syurga hakiki..

Tolong izinkan aku kumpul sebanyak mungkin bekal untuk mengadap ILLAHI.


Aku simpan kenangan dalam hati, aku selitkan juga dalam doa ini, semoga ia menembusi 7petala langgit, agar aku xmenyesali dengan kesombongan yang aku pilih sendiri. 


akhir kalam.. aku seperti dulu dari luaran. hakikatnya aku lari kejarkan akhirat.. berikan aku kesempatan untuk mengetahui DIMANA AKU DIMASA AKAN DATANG. 







Ahad, 29 September 2013

" DREAM TO BE MUSLIMAH"



saat kita ingin berubah,

dicurah pelbagai halangan,
disimbah pelbagai cemuhan.



sampaikan satu saat teresak-esak kita menangis. kita dipulaukan.. tapi di hadapan semua orang, kita berlagak kuat.. kuatnya kita




tapi sebenarnya,




kuatkah kita? kadang2 duduk tersungkur Juga. nak perang mulut? nak tarik rambut hanya semata-mata ingin katakan "AKU INGIN BERUBAH" nak pertahankan yg kita betul2 berubah??  .. arghh never mind




kita still ada maruah. buat apa takutkan cemuhan makian org.. sedangkan kita yg nak berubah. 




kalau sebelum nie dosa kita bertimbun, xkan sampai mati pown nak dosa tu naik berbukit-bukit, bergunung-gunung. 




now, we must be change!




dari tudung up, selepang di bahu. biar jatuhkan.

dari pakai ketat2, biar longgarkan ..



ini peringatan diri.. sb aku masih berfesyen sebegitu. bukan xmau longgar2, tapi sekarang nie susah nak cari pakaian yg kita suka tapi menutup aurat..

kadang2 aku pelik, kilang2 pakaian nie xcukup material ka nak buat pakaian. semua sendat2, xcukup kain bagai.. 



bila try beli baju on9 muslimah, besar sgt la pulak, labuh la.. design pown xberapa cool.. aduhhh susah kan.. 




kata hamba allah nie , "kata nak jd muslimah, besar pown merungut"

saya xmerungut, tapi bila pakai di khalayak ramai, rasa x confident, rasa mcm serabai.. nak pilih pakaian pown kena pilih yg sedap pakai juga kan?



"pakai la baju kurung"

-ya  memang pakai.. tapi xkan nak p jalan2 pown nak pakai.. aku hidup dalam perbagai version.. 
kalau keluar pakai baju kurung, nnt aku sorg ja nampak pelik.. 



tu la masalah aku sebenarnya.. betul kan takut dengan pandangan org?




bila terlintas niat untuk berubah, takut plak lain jadinya.. nampak senang nak jadi Muslimah, tapi sebenarnya susah. bukan sekadar bertutup, tapi hubungan dengan manusia juga perlu dijaga.




bak kata MATO :- 



"Takut kita ni cuma soleh pada pandangan manusia, tapi pada pandangan Allah, kita ni nothing."



"Allah uji dengan kesusahan. Kita mengeluh. Kita doa supaya Allah angkat beban kesusahan yang kita pikul. Tapi bila Allah uji dengan kesenangan, sikit sangat kita bersyukur. Malah, terus kufur."




xpa. kita berubah slowly yer semua.. semoga kita betul2 sempat merasai dugaan muslimah, dan merasai nikmat syurga yang Allah nak bg free kt kita. 

xnak juga walaupown bg free? terpulang la.. tapi ingtlah :-
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(QS At-Tahrim: 6)



INSYAA ALLAH, DREAM TO BE MUSLIM/MUSLIMAH KITA AKAN TERCAPAI. aminn








Jumaat, 10 Mei 2013

InTerVieW :)


Jumaat , 10 mei 2013

dh seminggu aku tau tentang tawaran itu.. tapi masih x memberi apa2 effect untuk hati aku ..
novel masih di tangan.. tiap-tiap2 hari.. selang 2 3 hari tajuknya silih berganti..

khamis..
sehari sebelum interview.. kata abah "aii x stdy pown untuk interview" .. tapi abah masih tersenyum.. seperti selalu, abah xpernah marah..

2 3 minit selepas abah masuk sembahyang, aku mula menaip msg kpd my heart.. minta tolong carikan apa2 information untuk intrview esk.. bkn aku mlas cari, tapi broadband aku terlalu lembap.. nak on9 pown loading berjam2..

petang khamis 2, my heart pown gtw la tentang apa yg aku perlu tau untuk interview ..  aku tulis dlm ketas.. tapi masih tak baca !!
mungkin sb aku x minat.. kata hati aku, nak gtw abah xmau p interview esk, sb ada member yg x p juga.. tapi masih x terkeluar ungkapan itu..

kamis mlm jumaat.. macam biasa, kami sekeluarga akan sembahyang jemaah, dan baca yasin..
kata abah sebelum baca yasin " niat la untuk kebaikan diri sendiri"..
aku pejamkan mata, tarik nafas.. dan niat.

setelah selesai.. abah membacakan doa.. mata aku layu, mengantuk ! tapi aku tersentap bila dalam doa abah terselit doa untuk aku... semoga aku diberi kejayaan, supaya aku hilang gemuruh, supaya aku yakin dengan apa jua keputusan yang aku buat...

terharu sgt.. emmm

abah mengharapkan aku untuk lakukan yang terbaik.. aku terpaksa canclekan niat aku untuk bagi tau abah yang aku xmau p interview esk..

untuk penuhi permintaan abah, selepas sembahyang insya', aku mengadap laptop merah nie.. mencuba nasib.. alhamdulillah, broadband ok!!

sambil menyelam, minum air.. aku mula mencari bahan2 untuk interview esk + on9 n siap boleh update blog lagi :)
terbaik la broadband aku, then baru aku terfikir.. doa abah, restuMU Maha Pengasih 

jam 1.15 pagi.. aku tutup laptop.. pergi ke toilt.. tapi abah x tidoq lagi.. abah baca ayat hafazan sambil tgk tv.. mulut abah sentiasa basah dengan ayat2 suci.. aku bangga dapat seorang ketua keluarga macam abah..


kaki mula melangkah masuk bilik.. abah pesan "esk bangun awal na, jumaat. kita myg sujud sejadah"
aku mengangguk tanda setuju sambil senyum dan terus masuk bilik .. tapi dlm hati (abah cik tdoq lewat, takut mengantuk esk ).. lampu aku tutup.. gelap + hanyut zZZzz

6.15 mak kejut.. bangun mandi, sudah mandi abah da kt sofa.. kata aku"abh dh myg ka?"..
abah ckp " dah.. kesian nk gerak cik, smlm cik tdoq lwt" sambil senyum..
dlm hati aku, abah mcm tau ja apa aku ckp dlm hati semalam..


7.30 aku sampai ke tmpat intrvw, dh ada org sampai.. baru aku teringat.. aku x baca apa2 lagi !! dammm !!!
mula la gelabah.. nota di keluarkan, tiba2 dtg sorg perempuan tgur aku.. dia bercakap x berenti.. tanya aku mcm2.. dalam hati geram sb xbaca apa2 lagi..

tawakal ja la

dan bila tiba msa untuk intervw, aku sempat baca nota2 2.. alhmdllh, aku cpt ingt.. aku di panggil !!

fail diserahkan..
interviewer - introduce urslf?
aku             - bla bla bla bla........
interviewer - u stdy in accounting? y u apply this job?
dalam hati aku * dah dpt offer xkan xmai!!*

aku - i apply after spm, but after i finish my dploma i got this job *bi tungganglanggang*nasib badan
interviwer - seeloknya u sambung in account, result u elok, syg kalaw u x sambung
aku - memang saya dh apply untuk sambung pown.. tapi saya dpt tawaran nie, kena la juga mai.. nnt nama blacklist.. lagipown fmly sama suruh datang * nth datang dari mana ayat nie hihi *

so gudluck for ur degree.. kata intervwer sambil senyum

aku tersenyum.. alhmdllh, allah mengetahui apa aku rasakan.. syukur sgt2 sb memang aku nak teruskan dlm bidang akaun :)

dan aku story dkt mak n abh.. abah ckp kenapa xbagitau xmau p? mcm biasa aku hanya senyum, yg penting aku dh lalui semua 2..
dan sekurangnya aku dh penuhi permintaan mak n abah untuk pergi juga intervw 2..




p/s _ xsalah kalau kita membahagiakan ibu bapa kita, Allah Mengetahui apa yg dirancangnya..

                               



Khamis, 9 Mei 2013

3years _ Ditahunakhir_dploma in accounting


JUNE 2010 _ MAY 2013

3tahun yang lepas

aku begitu teruja untuk tamatkan pengajian..
masa 2 rasa xsabarnya nak abis.. nak cari keja dan sebagainya..
setiap sem yg di lalui terasa begitu cepat.. mungkin mulut selalu sebut nak graduate awl, so masa pown cepat la berlalu..

sem 1 - wajah masih suci, segala keletah, kebaikan dan keburukan belum 
           terbongkar.. tutur bicara juga begitu sopan

sem 2 - belangnya mula timbul.. tapi masih kabur.. tuturnya tidak begitu di 
            jaga, kadang2 diselit dengan lawak bodonya

sem 3 - dah boleh tolak bahu kwn, lagaknya ala gengster.. tapi sifat sygnya 
           dengan teman2 mula menebal di dlm hati

sem 4 - dah boleh cipta memori bersama kwn2.. xboleh berjauhan sikit, mula 
           la rasa sunyi

sem 5 - kwn dan diri !! sudah sebati.. xboleh nak pisah2 lagi

sem 6 - saat nie semua wajah pucat lesi.. dari wajah itu tersemat rasa yg 
           sukar di tafsir..



Di tahun akhir ...   pelbagai karenah mereka aku dah hafal .. dari belakang pown aku dah kenal, sorang demi sorang.. cuma kadang2 x perasan sb rabun 

Di tahun akhir ...   suara yang menyampuk datangnya dari bahagian belakang tika ada insan mulia mengajar di depan.. cukup aku kenal !!.. suara mereka sudah sedondon dengan jiwa dan hati aku.. kadang2 terdengar juga suara sayu2 dari line sebelah kiri aku.. walaupown agak perlahan, ia tetap jelas bagi aku.. aku masih boleh kenal siapa mereka.. di bahagian depan kelas, sudah pasti aku dapat melihat mereka.. ada kala mereka hanya diam tanpa menyampuk.. ada kala mereka bising mengalahkan aku.. ada kala mereka buat satu kelas ketawa..

Di tahun akhir ...   kita bagaikan sebuah family yg sgt rapat.. yg hidup dalam pelbagai agama dan budaya..

&

Di tahun akhir ini juga aku baru merasa kita bagai air yang mengalir di aliran yg sama dan tumpahnya air2 itu di lekuk hati kecilku..




dan hari ini , kita di gelar FRESH GRADUATE 

hope, apa yg di hajati kalian akan dimakbulkan.. 
semoga sama2 kita menggenggam segulung kertas yg sgt berharga untuk 3 tahun yg lepas..








Rabu, 3 April 2013

Si gadis dan Teruna



dah beberapa bulan mereka x jumpa.. dah berapa abad mereka dengan haluan mereka sendiri..

seorang kekiri, seorang lagi kekanan.. hanya diam menyepi.. membisu sendiri...dan itulah keputusan mereka..
hanya miscall untuk lepaskan syarat, sekadar msg acuh x acuh.. itu menjadi rutin harian mereka..

bagi si gadis, hubungan mereka bagai cawan yang dah retak, tunggu nak buang ja..
bagi si teruna, hubungan ini perlu di teruskan biarpun dalam keadaan yg sukar di jelaskan..

nampak indah, tapi sebaliknya..

kata si gadis    - lelaki ego.. merajuk pown susah nak pujuk
kata si teruna  - kalaw merajuk , sampai bila nak setlle masalah..

si gadis melepas keluh yg berat.. "susah kan bercakap dengan lelaki"
memang xdak perasaan langsung..


kesian si gadis . . .
diam    - nampak lemah
lantang - nampak salah
terlalu berjaga - dimarah-marahkan
menangis - lelaki rimas


tapi untung si teruna, si gadis masih setia menunggu ..

walaupun banyak sangat dugaan dalam hubungan, inilah yg membuktikan kita perlu kuat untuk hadapinya pada masa akan datang..


_________________________________


kita sebenarnya dekat, tapi awak yg menjauh 
kita sebenarnya diuji, tapi awak yg rapuh
kita sebenarnya meniti kasih sayang, tapi awak yg xbisa melihat

kita diajar melihat dengan mata hati, bukan melihat dengan mata kasar ..
maka ini semua perjuangan kehidupan yg perlu mengerti
bukan untuk mencari salah siapa,
tapi untuk diperbaiki setiap hubungan